Bertemakan Kampunglicious Ramadan Buffet 2018, The Palm Garden Hotel mengalu-alukan kedatangan tetamunya bagi merasai keenakkan buffet Ramadan 2018 bermula pada 15 Mei 2018 sehingga 13 Jun 2018.
Masakan sajian kampung disini diketuai oleh Chef Radzi Bin Yahya. Mereka akan menyediakan pelbagai sajian yang terkenal di seluruh Malaysia dan terdapat juga sajian antarabangsa.
Sajian Ramadan Buffet 2018 Di The Palm Garden Hotel Putrajaya
Setiap kali mencari sajian atau buffet ramadan, pastinya Kambing Bakar Menjadi tarikan utama.
Ya, disini pakej buffet ramadan adalah termasuk kambing bakar dan terdapat juga ayam panggang kegemaran ramai.
Selain itu ada pelbagai masakan lain seperti :
Selain itu disediakan :
Sotong masak lemak nanas
Gulai kambing berkentang
Udang goreng rempah
Satay ayam dan daging
Dessert :
Pelbagai jenis dessert disediakan. “Ummi, angah nak kek dalam sudu!”. “Kak nak juga!”.
Pelbagai jenis dessert sangat menggamit jiwa menggoda hati ini untuk dirasai. Semuanya nampak sedap dimata, tetapi wajib berhati-hati ketika memilih sajian. 😀
Cuma penting untuk tahu, jika bawa keluarga kesini sangat sesuai. Dan kata orang, “family friendly”. Ada ruang yang selesa dan luas. Bila bawa anak-anak pastikan mereka makan dahulu. selepas hidangan mereka terhidang barulah mak-mak punya turn. Begitulah meriahnya kami, sabar jerla mak-mak ye.
Untuk anak-anak ada kids zone. Ada gula-gula dan ice cream.
Setiap hari, tetamu buffet ramadan disini akan disajikan pendengaran dengan muzik daripada Mahligai Ghazal. Mereka akan perdengarkan lagi tradisional dan juga lagu moden.
Kemudahan disediakan di The Palm Garden Hotel:
Ruang makan selesa untuk keluarga dan juga sebarang aktiviti organisasi.
Surau juga disediakan bagi mereka yang beragama Islam untuk bersolat maghrib dan dan isyak.
Parking PERCUMA disini.
Harga Pakej Buffet Kampunglicious Ramadan Buffet 2018 :
Tarikh: 15 – 18 Mei 2018
Dewasa – Rm78.00 nett
Kanak-kanak – Rm46.00
Tarikh : 18 Mei – 13 Jun 2018
Dewasa – Rm98.00 nett
Kanak-kanak – Rm58.00
EARLY BIRD VOUCHERS :
Dijual dari SEKARANG sehingga 17 Mei 2018
Galeri sajian makanan:
Pelbagai jenis minuman sejuk dan panas disediakan untuk tetamu.
Pelbagai menu Kampung (kampung licious disediakan).
Pelbagai jenis masakan disediakan bagi memenuhi citarasa pengunjung.
Anak-anak juga selesa dan suka dengan makanan disini. Peringatan untuk saya dan awak, bila mengambil makanan, ambil secukupnya. janhan tamak, membazir amalan syaitan. 😄
Maklumat lanjut untuk pesanan dan booking :
Selamat memilih lokasi berbuka puasa samaada dengan keluarga ataupun rakan sekerja. Maklumat untuk membuat lertanyaan disertakan di bawah. Selamat menyambut ramadhan al mubarak.
The Palm Garden Hotel Sales and Marketing Department (Audrey Yap) : 603 8943 2233 ext: 8820 @ 019-2188737
Email : [email protected]
sedapnyaaaa tengok tapai ,lama tak makan sejak pregnant n pantang huhuuu
geram tgk kambing tu. huhu