Buffet Ramadhan di Sama-Sama Hotel KLIA Saji Sajian Selera Warisan Nusantara

Jom pergi Sama-Sama Hotel. Ye.. Ummi ajak pergi buffet ramadhan di Sama-Sama Hotel KLIA. Pelik namanya, tetapi nak ceritanya suasana berbuka puasa disini sangat awesome.

Sama-sama Hotel terletak di Kuala Lumpur International Airport Jalan Cta 4B, 64000 Kuala Lumpur.

Map of sama-sama hotel

Promosi Buka Puasa : Buffet Ramadhan di Sama-Sama Hotel

Bermula 18 Mei ini, Sama-Sama Hotel menawarkan promosi buffet buka puasa Ramadan di ruang legar hotel. Boleh rasai suasana di video yang telah diupload ke Instagram.

Bertemakan Selera Warisan Nusantara, juadah istimewa disediakan khas oleh pasukan kulinari hotel diilhamkan dari konsep Kepulauan Nusantara.

Pengunjung dihidangkan irama tradisional Ghazal dari kumpulan Suara-Suara Otai sebaik melangkah masuk ke ruang legar hotel. Dan pertunjukkan akan menjadi peneman tatkala pengunjung menjamu selera sepanjang promosi Ramadan berlangsung.

Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai hidangan disediakan bak konsep gerai bazar Ramadan juga stesyen masakan secara live oleh pasukan kulinari diketuai Chef Eksekutif, Chef Ahmad Farhan Noorzali.

Sajian buffet ramadhan di Sama-Sama Hotel lengkap dengan hidangan juadah tradisional sekitar Kepulauan Nusantara. Olahan menu berbeza setiap hari.

Mulakan sesi berbuka puasa dengan manisan di gerai Kurma termasuk dari jenis Ajwa, Mariami, Mabroom dan Safawi. Tidak sah pengembaraan buka puasa Selera Warisan Nusantara sekiranya tidak dimulakan dengan gerai negara garuda, Indonesia dan menikmati sajian Nasi Ambang asli Jawa. Singgah sekejap ke Singapura dan rasai sendiri keenakan Ketam Cili Clay Pot wilayah Temasek.

Jangan lupa ke Thailand dan cuba sendiri sajian jalanan popular, Goi Pad Krapao. Dan nikmatilah juadah kegemaran tempatan Malaysia seperti Kari Ikan Merah Berbendi dan Daging Masak Cili Padi.

Pengunjung juga dapat merasakan pengalaman gaya makan ala street food dengan nuansa persekitaran gabungan setting bak gerai di pasar malam sebagai sebahagian daripada suasana buka puasa yang dipaparkan hotel untuk musim Ramadan.

Bagi pengunjung yang meminati masakan secara langsung boleh beransur ke porte-cochere hotel di gerai Barbeku dan nikmati juadah popular hotel seperti Sate, Ikan Bakar dan Tandoori India.

Salah satu tarikan buka puasa di hotel kali ini juga adalah Kambing Golek yang dihidangkan bersama sos lada hitam, cendawan, BBQ dan rosmari.

buffet ramadhan di sama-sama hotel KLIA
Sajian ikan bakar dan juga kepelbagaian seafood sangat menggoda untuk dicuba.

Turut disajikan adalah aneka menu pencuci mulut termasuk Kek Black Forest, Apam Balik, Rojak Buah, pencuci mulut tempatan seperti Ais Kacang, Ais Krim Kampung, Ais Krim Potong dan banyak lagi sudah pasti mengiurkan para pengunjung yang datang berbuka puasa di Sama-Sama Hotel KLIA.

Tapi jangan lupa untuk membasahkan kembali tekak dengan minuman tempatan Kopi Tarik dan Teh Tarik.

Hidangan Durian pembuka Selera di Buffet Ramadahn Sama-Sama Hotel KLIA

Buffet ramadhan yang hidangkan durian
Bersama Cik Puan Nora Jaswa, PR & Communications Manager Sama-Sama Hotel, KL International Airport

Tidak lengkap rasanya pengalaman berbuka puasa Selera Warisan Nusantara di Sama-Sama Hotel KLIA sekiranya tidak berkunjung ke gerai Durian. Untuk para pencinta Raja Buah ini dialu-alukan untuk mengopek seberapa banyak durian.

Iftar ramadhab dengan durian
Ummi menjadi orang terawal yang serbu gerai durian. Sangat awesomwe. Sampaikan bawa masuk ke ballroom. Teruja la katakan. Tapi nak bagitahu, durian yang disediakan sangat best.!

Jika terasa kehangatannya, tenangkan dengan sebiji dua air buah kelapa muda atau tebu di gerai Minuman.

Pakej Buffet Ramadhan di Sama-Sama Hotel KLIA

Promosi buffet ramadhan di Sama-sama Hotel,  Selera Warisan Nusantara disediakan sepanjang bulan Ramadan dari pukul 6petang sehingga 10malam.

Hari biasa :RM135 

Hujung Minggu : RM99

Pasukan kulinari hotel juga menyediakan tempahan bankuet atau kumpulan dari 50 orang ke atas. Bilik jamuan khas akan disediakan untuk tempahan bankuet bagi majlis berbuka puasa yang lebih intim bersama keluarga, sahabat handai dan juga rakan perniagaan.

Cara Membuat Tempahan

Untuk maklumat lanjut atau tempahan boleh menghubungi Bahagian Jualan ditalian +603.8787.3333 atau e-mel: sales@samasamahotels.com.

Sama-Sama Hotel KL International Airport:

Hotel ini mempunyai 442 bilik dan suite, terletak di sebelah Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Hotel tersebut telah memenangi banyak penghargaan sejak penjenamaan semula Sama-Sama Hotels KL International Airport pada tahun 2013. Antara penghargaan yang telah diraih termasuk:

1. Hotel Mewah Lapangan Terbang Terbaik oleh World Luxury Hotel Awards, 2013 – 2017.
2. Hotel Lapangan Terbang Terbaik Global oleh Haute Grandeur, 2016-2017.
3. Hotel Bisnes Terbaik Asia oleh Haute Grandeur, 2017.
4. 25 Hotel Terbaik Malaysia oleh Trip Advisor, 2013 – 2017.
5. Pengiktirafan Sijil Perkhidmatan Cemerlang oleh Trip Advisor, 2014 – 2017.
6. Penganugerahan Pemenang 4 Kali Antara Syarikat Terbaik Untuk Bekerja Di Asia, 2014 – 2017.
7. Anugerah Skor 9.0 daripada 10, Ulasan Tetamu oleh Booking.com, 2014-2016.
8. Anugerah Pendapatan Terbaik Hotel oleh World Hotels, 2017.
9. Anugerah Pemenang Hotel Disayangi Pengunjung oleh Hotels.com, 2018.

Sama-Sama Hotels KL International Airport mempunyai campuran penginap antarabangsa dari Asia, Timur Tengah, Oceania dan Eropah.

Kebanyakan tetamu mengambil penginapan di Hotel rata-rata adalah tetamu sedang dalam transit penerbangan, persinggahan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL serta untuk lawatan perniagaan singkat di KL. Sama-Sama Hotels KL International Airport juga mempunyai cawangan satelit, Sama-Sama Express di KLIA dan Sama-Sama Express di KLIA2

Selamat memilih lokasi iftar ramadhan yang sesuai dengan masa dan bajet anda. Selamat berpuasa.

Posts Tagged with…

Reader Comments

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge