Mak anak ramai jer dapat rasa apa perasaan bila nak keluar rumah…

Hi semua, kemana hujung minggu ini? Kami ini plan asal nak melawat ke Pameran Hari Rela ke 46. Tetapi atas sebab tertentu tak dapat nak ke MAEPS tu.

Pagi tadi, bangun suruh budak-budak ini mandi dan bersiap. Biasalah, 4 orag 4 ragam. Baju Ummi pilih tak kena dijiwa. Depa la ni dah pandai nak pakai baju pilihan sendiri, termasuk si kecik Zakkir.

Lepas siap-siap, depa layan Lego Ninja di Unifi Tv. Ada promo 50% daripada Rm10.00 satu movie. Biar mereka melayan cerita tu hujung minggu macam ini. Hari ini memang Ummi tak buat sarapan apa pun, sekadar makan roti dan alas perut sudah.

Jam 10 lebih abah depa sampai. Semalam kerja 24jam. Jadi balik terus siap-siap ke kenduri.

Tapi, bila kita nak keluarlah ada sahaja halangan. Mula-mula si kakak, “Ummi kakak berak!”. Okaylah…londeh semua baju dan nak basuh. La…kena kitai…mana ada berak. Pakaikan semula baju yang letopss kesukaan si kakak.

Dalam masa along dengan angah isi air masak untuk dibawa bekal, adik pulakk berak. Hahaha, kali ini ya. Memang bau kuat. Mak-mak jer paham kan.. kau dah pakai lawa-lawa kena basuh berak anak…🤣.

Masa nak keluar, mak-mak dah cantik dan wangi-wangi masa inilah anak nak berakkk..hahaah

Tu dah nak keluar rumah tu..haha daripada mak dah wangi terus berpeluh-peluh. Sabaqqqq sangat. Ini dugaan orang ada anak ramai ini. Mujuq la Along dengan angah dah boleh berdikari.

Nak masuk kereta, abah audit kereta. Kena lagiii…! Al kisahnya semalam kan angah ada kelas malam, jadi ada la bekal bawa dari rumah, ayam goreng la..biskut la..keropok la.. Bila dah makan tu, faham-faham la.. Kena audit dengan abah, semua la kena. Maka, masa tu juga la tengah panas lit-lit, kena kibas alas kaki dalam kereta..🤣.

Tu dah nak keluar jalan tu. Agaknya berapa banyak masa delay? Haaa…kalau kau anak sorang atau bujang tak merasa tau hakikat dan reality kehidupan macam ni.

Hingaq-hingaq sebelum keluar rumah tak habis setakat tu. Dalam kereta pula. Si kakak nak kereta hot wheel angah. Kau cuit aku,aku cuit kau… ada yang melalak pulaa… Huhuhuhuu.. dah dalam kereta. Sabaq! ?Mau nak tunggu semua sempurna takkan dapat kemana-mana la. Jadi, susah payah atau bising macamana pun kena redha bila anak ramai ini meriah dia lain macam. 😍

Setelah mengharungi perjalanan selama 45minit dari Semenyih ke Senawang, akhirnya kami sampai dengan selamat.

Masa makan, bila kenduri macam ini selesaikan budak-budak dulu. Nak ice cream kita bagi, nak nasi kita bagi. Once depa dah ada semua. Barulah mak ayah ini ambil makanan. Jadi, suasana takkan jadi tegang. Anak pun bukan suka ditentang selalu. Ni angah dia dah telan macam-macam last orang nak balik dia nak nasiii…redhaaa!

Huhuuu.. perjalanan seharian hari ini. Balik rumah, semua dah letih.. Lepas solat zuhur semua terbaring!! Syok dan penat, tapi nanti depa besaq rasa sunyi la pulak kot. Apa pun,kita jaga Allah,Allah akan bantu kita jaga keluarga kita sebaik baiknya. InsyaAllah.

Reader Comments

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge