Penutup Kursus KBSPTD 2018

Hari ini ada majlis Penutup Kursus Ketua Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah, JSPT.

Majlis hari ini dirasmikan oleh YDH SAC Sharul Othman Bin Mansor, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik.

Kursus telah diadakan selama seminggu bermula pada 5-9 Mac2018.

Kursus ini memberikan pendedahan tugas kepada KBSPTD untuk memantapkan lagi penugasan di daerah masing-masing.

Semoga pendedahan selama seminggu ini dapat memberikan input kepada KBSPTD untuk menjalankan tugas dengan lebih cemerlang dan dedikasi.

KBSPTD dinasihatkan ambil tahu tentang berkaitan tatatertib dan juga penugasan sebagai KBSPTD. Selain itu, KBSPTD juga dinasihatkan untuk menjaga kebajikan anggota termasuk tuntutan kewangan dan keluarga. Kebajikan ini juga adalah sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang memberikan sokongan kepada kerjaya KBSPTD.

Penghargaan yang diberikan akan memberikan impak yang baik kepada petugas di bawah seliaan. Hasilnya, JSPT akan menghasilkan petugas yang lebih dedikasi dan berwibawa.

YDH Pengarah juga berharap, “Tuan-Tuan KBSPTD juga menyusun atur penugasan menjelang PRU 14 akan datang dengan baik. Semua KBSPTD di harap memantau lokasi PRU14 akan datang termasuk laluan utama dan laluan alternatif yang mungkin boleh membantu melancarkan perjalanan PRU 14”.

Semoga selesai kursus ini, pegawai-pegawai yang dilatih dapat menjalankan tugas dengan lebih dedikasi dan lebih baik. Tahniah.

Posts Tagged with…

Reader Comments

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge