KBBA9

Pertandingan Bowling di hari bersama media LZS dan JAIS.

Regang rasanya urat-urat yang telah lama duduk diam tanpa dipaksa untuk bermain. Pada 3 Februari lepas LZS dengan kerjasama daripada Majlis Agama Islam ada menganjurkan pertandingan bowling bersama media. Oleh sebab tiada kekangan tugas, maka ambil kesempatan untuk berjumpa dengan rakan media. Terima kasih LZS sedaya upaya untuk bersama media dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai melalui media blog juga khasnya.

Hari Sabtu aura Merah, jadi kita pakai warna yang menyemarakkan aura wajah dan diri. Kadangkala kalau kena pada masanya mood boleh jadi 1001 kali lebih baik hanya dengan memakai warna aura yang betul.

Ini kawan-kawan baru saya pada hari tersebut. Ayu kirana salah seorang admin untuk pages warga puchong. Alhamdulillah kami dapat berukhwah dan bermesra untuk bekerjasama lagi selepas ini. Semoga jalinan ukhwah akan berkekalan. Amin.

Kbba9 dan kumpulan sokongan

Syok juga beramai-ramai kami main bowling. Kak Mas pun dah lama tak jumpa , ini kali pertama selepas beberapa bulan melahikan baby. Team kami terdiri daripada Ben Ashaari, Kak Saidila dan juga kak Mas. Saya main sempat la beberpaa game, lepas tu tukar orang. Minta adik ganti, bukan apa lenguh juga main sampai 3 game. Juara ke? Susah nak cakap!

Apapun tahniah LZS kerana berjaya menganjurkan acara ini dan mengumpulkan rakan media dari pelbagai jabatan. Satu usaha yang sangat baik dan boleh di contohi dalam  menjaga hubungan baik dengan media. Saya kagumi dan ingin pelajari banyak lagi dengan kerjasama LZS terutama Puan Mala dan En Zubir daripada komunikasi korporat LZS.

Semoga acara seperti ini dapat dijalankan lagi bagiengeratkan hubungan sesama kita insyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *