Laluan kita berbeza, tujuan kita sama.

Setiap pagi, kita semua menuju ke lokasi yang sama. Tujuan sama untuk sampai segera ke pejabat tempat kita mencari rezeki.
.
Ada yang inginkan kepantasan memilih untuk menunggang motorsikal. Ada mereka yang inginkan keselesaan memilih memandu kereta meredah kesesakkan pagi,walaupun lambat tiba ke destinasi.

.

Kami pula memilih keselesaan laluan MRT. Tanpa perlu memandu dan menunggang motorsikal. Namun, disebalik kesenangan kami perlu berjalan, berdiri di dalam MRT.
.

Pointnya disini adalah, tujuan hidup dan lokasi akhir kita sama. Yang membezakan laluan dan cara pilihan kita.

Sama juga dengan rezeki, ada orang cepat dapat apa yang dihajati. Namun disebalik tangisan dan keluh kesah dia ada kita tahu? Disebalik senyuman dia ada 1001 tangisan ada kita tahu?

Hidup ini nikmati apa yang kita miliki. Lihat apa apa yang kita ada,bukan mencari dan memandang apa yang bukan milik kita. Jauhi rasa iri hati dan dengki. Hidup ini hanya untuk mencari cinta ilahi.

Jom saya dan awak muhasabah diri. Moga kita hidup dalam keadaan Allah swt sentiasa rahmati dan kurniakan kita rezeki di berkati. Amin

Selamat pagi, salam bahagia daripada Umminani #inspektormama

3 thoughts on “Laluan kita berbeza, tujuan kita sama.

  1. Kalau tempat kerja ema dekat dengan stesen pengangkutan awam..mmg naik pengangkutan awam dari pandu kereta ni.. demi mencari rezeki untuk keluarga..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge