Happy birthday Angah, kami sayang Angah

“Angah nak sambut birthday di hotel Ummi” – Permintaan Angah kali ini. Bukan tak nak turuti, tapi rasa tak adil dia jer sambut di hotel, adik beradik lain tak.

Kadang kekangan masa penghalang untul Ummi dengan Abah juga. Tahun 2018, banyak lagi yang nak dilakukan. Tetapi kasih sayang kami tetap pada anak-anak.

Di mana sambutan tak penting, yang penting meraikan. Meraikan pun atas dasar menyambut dan meraikan kasih sayang.

Memandangkan Sabtu 3.2.2018 Ummi ada jemputan bowling daripada Lembaga Zakat Selangor. Jadi, Ummi decide untuk celebrate petang.

Semasa pertandingan bowling, pak cik (adik Ummi ) gantikan Ummi. Jadi sempat la lari ke KAISON dan mencari sesuatu untuk Angah.

Ummi jarang belikan mainan yang pelik-pelik. Kereta yang unik-unik atau robot semua tu memang tak ada. Tak sesuai dengan umur. Jadi Ummi pilih bear. Kat rumah ini banyak koleksi bear.

Kau nak lempar, nak baling semua boleh. Malah, Mc Queen pun mereka jadikan kenderaan boleh gerak even bantal. Asal boleh orang kata. Selain itu, kalau beli benda macam ini mudah simpan, basuh dan tidak cepat rosak. Jimat mak!

Kek Birthday Angah

Ummi balik tengahari tu, terus singgah beli kek di kawasan Semenyih Sentral. Harga kek Rm20. Bukan pada harga, cukup untuk menyambut birthday. Kalau beli besar pun tak habis. Lagi pula kek tu.. agaknya berapa gula dalam tu. Takut!

Jangan heran awat dia yang potong. Ini menumpang birthday orang. selagi tak izinlan dia beraksi, gamat rumah. Sabar!

Angah happy je. Tapi di rumah ini biasalah kalau ada kek, walaupun yang sambut tu sorang tapi yang lain pun nak juga potong kek. Terima jer la! Riuh rendah, masa ini kena bijak tackle! Anak ramai ini, mak ayah kena bijak main peranan.

Doa Ummi Abah untuk Angah

Angah dan semua anak-anak Ummi. Tak ada lain Ummi Abah pinta melainkan Allah swt tetapkan iman didada anakanda dan cantikkan akhlakMu wahai anak. Dan semoga dengan limpahan Ya Rahman Ya Rahim kau sentiasa bahagia dalam kasih sayang orang disekeliling Mu. Amin

Kelahiran Angah:

2013 :Seminggu awal telah pun berada di kampung. Masa itu suami berada di USM. Due sepatutnya bulan 1. Tapi dia ni nak keluar lewat.

Plan asal nak bersalin di klinik Dr Suraya. Tempat sama Along dilahirkan. Nak jadi cerita, masa berada di klinik, last scan Dr Suraya cakap ada masalah. Jadi kena refer ke Kedah Medical Centre.

Paling dekat di Perlis la, selain goverment hospital.

Pergi sana, kali pertama tak ada apa jadi balik. On the way balik, sampai dekat tol hutan kampung rasa macam turun darah. Patah balik semula ke KMC.Tapi tak ada apa, hanya tanda-tanda awal.

3.2.2013 tarikh yang dijanjikan. Awal pagi lagi dah sampai di KMC. Dr yang bertugas induce , rasa sakit tu memang tak tahan oiii. Sakit paling sakit. Mak di hujung kepala, suami dan adik Hafiz juga dalam bilik ward. Sini ward best,luas.

Menjerit jangan dikata. Memang ingat lagi.. “Hadoiii…ya Allah.. sakittt! Duk ulang tu saja.

Berjam-jam tahan, akhirnya Dr kata boleh dah nak bersalin. Di tolak masuk ke bilik bersalin.Tapi tak dapat juga bersalin. Tak sampai 10 minit Ummi dah berada dalam operation room..

Nampak segala tindakan Dr. Tak lama dengar suara anak kecil. Lahirlah Angah ke dunia.. syukur. Kini 5 tahun sudah. 😍

Happy Birthday Angah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge