Saya dan keluarga

Empat beradik dengan variasi sikap. Mak abah kena bijak.

Orang kata bila dah besar bawa diri masing-masing. Mak ayah dah besarkan kita sebaiknya. Masa kecik makan sama dalam talam, tidur sebantal tapi kenapa bila besar lain jadinya? Semua punca daripada hati. Betul ke susah jadi anak sulung? Along selalu mengadu macam ni , “Ummi awat along jadi Along? Semua Along kena tahu, Along nak jadi adik lah!”

Ehm, bukan begitu , setiap kita ini Allah dah bagi rezeki dan tanggungjawab. Ada sebab abang jadi Along dan ada sebab Angah , kakak dan adik jadi anak nombor berapa. Semua tu bukan Ummi dengan abah boleh pilih. Tuhan yang ciptakan Along dan adik beradik.

Mungkin kadang dia rasa macam banyak sangat tanggungjawab jadi abang. Yer la banyak nak kena tolong Ummi dan abah. Tapi pada masa yang sama dia adalah yang terbaik. Susah payah dia dulu yang rasa. Tapi sebab dia masih kecil mungkin dia tak faham.

Angah pula dengan sikap Angah. Nombor dua, nak kata dimanjakan tidak tapi dia ada pendirian. Bab manja dia nombor satu! Tapi bagus bila ada adik dekat ini dia bijak berdikari. Cuma Angah selalu kena mengalah dengan kakak yang sikit bossy! Adeh, kakak kau ikut perangai Ummi ke..hahaha

Adik, walaupun kecil tapi dia paling rajin dan tertib. Sampah kau jangan cuba sepahkan, nanti semua dia angkut masuk tong sampah! Lantai pastikan bersih tanpa air tumpah. Pantang kalau ada tompokkan air di lantai, terutama air manis seperti air coklat.

Bab mainan, Along paling untung. Semua barang akan beli ikut level usia Along. Kecuali hadiah birthday barulah hak persendirian. Jadi , kalau mainan kecil-kecil macam lego tu Along punya cuma bertanggungjawab jaga dan main sampai adik-adik di bawah boleh main. Bab ini kalau sepah memang kena marah, nak beli mahal satu hal. Bersepah satu hal! Jadi kalau rasa nak main memang kena ikut peraturan!

Inilah kemeriahan keluarga kami. Empat orang anak dengan sikap masing-masing. Jadi Ummi dengan abah la kena bijak tackle. Dulu terjerit-jerit juga, tapi sekarang masing-masing dah besar kena guna bahasa NLP. lagi satu ummi kalau nak bagi arahan, Ummi buat gini.

Tangan kanan letak di dada kiri, dan panggil dengan hati. Berkesan tau. Cuba buat dengan yakin. Terutama bab nak panggil makan, mengemas dan juga boleh guna kalau nak panggil solat. “Along, along, along…bangunlah…”, cakap dengan nada memujuk. Terus dia datang, “Ummi panggil Along ke?”

Okaylah, semoga kita semua sebagai mak ayah berjaya didik anak jadi orang yang soleh. Amin.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *