DONUT Je .. Tapi kesan dia besar!

Assalamualaikum. Hi semua. Banyak hari tak berkesempatan untuk update blog walaupun banyak perkara berlaku dalam hidup.

Rasa sayang jika tidak diabadikan disini,untuk tatapan dan bacaan anakanda akan datang.

Kisahnya, sejak 2018 Ummi pergi dan balik menggunakan MRT. Bila guna MRT kena kejar mengejar dengan masa.

Perjalanan ambil masa juga, namun keselamatan terjamin. Selesa oun yer juga. Oleh sebab itu, Ummi tak ada kesempatan untuk melayani anak-anak di waktu pagi untuk belikan mereka donut yang digemari.

Jadi hari Isnin lepas, bila si kakak dah bising nak donut Ummi tempah dengan kakak yang biasa jual. Ummi minta kak Aya hantar ke Tadika Angah. Jadi mudah la kerja, balik sekolah Angah bawa balik sekali.

Nak jadi cerita, dah la Selasa tu Ummi balik lambat. Dah tu balik teringat dekat donut yang dipesan. Tanya Angah, dia cakap “Tak ada la Ummi donut, tadi dah makan di sekolah!”.

Ummi pikir itu donut harian yang pagi-pagi kak Aya hantar kepada dia.

Call la kak Aya, penjual donut. “Akak ada hantsr donut petang tadi ke sekolah Amin?” “Ada nani, anak akak dah hantar. Akak dah pesan untuk bagi pada Amin”.

Apa lagi, ini mesti cikgu silap. Call cikgu sorang ni, dia kata dah pesan bagi amin. Tapi teacher sorang lagi kata kenduri dekat sekolah.

Hahah!Patutlah donut tak sampai kerumah. Memang la bukan rezeki, tapi apa salah kalau tanya. Kan ada group wasap. Tak guna kalau tak digunakan jika confuse.

Settle!.

Ummi wasap teacher, ya memang teacher ganti. Sebab rasa bersalah.

Ummi bukan marah, cuma kita penat. Balik anak pula mengamuk nak juga donut. Eh,bukan senang tau. Nak buat boleh,tapi ambil masa la yis nak kembang bagai.

Semalam Amin balik tadika, dia bawa sebekas donut. Ada 15biji. Katanya teacher gantika

Bila depa dapat donut terus happy. Hilang kempunan. Tapi Ummi dah pesan, donut calori tinggi. Tidak boleh diamalkan selalu.

Donut pun boleh bagi anak-anak happy. Jadi, nak bahagia tak susah cuma beri apa orang nak. Banyak,sikit, mahal atau murah itu perkara nombor dua. Beri dahulu, dapat kemudian.

Setakat ini sahaja kisah donut. bye.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge