Berani Melabur Dengan Asri Ahmad Academy : Melabur Saham Patuh Syariah.

Di Malaysia ada 686 syarikat yang berdaftar dengan Bursa Malaysia. 73% saham di Bursa Malaysia adalah saham patuh syariah. Manakala, bagi syarikat yang tersenarai ianya di kaji setiap 6 bulan. Jadi, tak risau kita tersalah pilih. Boleh dibezakan samada kita ingin melabur saham patuh syariah atau non-syariah.

saham patuh syariah
Pelaburan saham adalah perniagaan. kita adalah pemilik bersama syarikat yang kita laburi. Apabila kita membeli saham, kita adalah sebahagian daripada syarikat tersebut.

Cara Melabur Stock:

Untuk menjadi pelabur atau trader, kita tidak perlu untuk “monitor” hari-hari. Syarikat itu ada CEO dia yang akan pastikan syarikat sentiasa buat untung. Jadi tugas seorang pelabur adalah mengkaji syarikat yang berpotensi untuk mencipta lebih banyak keuntungan.

Tahukah anda bahawa ‘Bankrupt’ kini kian melanda negara kita dan melibatkan sejumlah warga belia.

Bankrupt terjadi kerana orang kita tidak pandai mengurus kewangan. Stastistik menunjukkan 3000 kakitangan bankrap. Kenapa jadi begini? Salah satu sebabnya adalah ketirisan pengurusan kewangan.

Kedua :Pemuda pemudi baru grad juga ada yang muflis. Percaya?

Pelaburan dan perniagaan akan ada untung rugi. Penglibatan skim yang menjanjikan keuntungan itu menunjukkan orang kita tidak faham hukum dan tiada ilmu. Sebelum melakukan sesuatu kita hanya perlu ada ilmu dan keberanian.

Belajar Melabur Saham untuk kaya?

Ya tidak dinafikan ramai yang ingin memasuki pasaran saham dan menjadi pelabur bagi tujuan menjadi kaya. Namun begitu , apakah tujuan kita nak kaya? Supaya apa kita perlu menjadi kaya? Jika anda menjawab, supaya kita boleh sedekah lebih banyak.

Jika kita ada ruang untuk memperoleh keuntungan berganda kenapa masih memilih untuk mendapat keuntungan sama dengan RM3.75 sebulan?

Zakat lebih baik dan menjadi ummat yang kaya seperti Saidina Khadijah, saudara berada di landasan yang betul. Kaya bukan semata-mata untuk dapat duit dan berbelanja. Kaedah berbelanja juga mestilah bijak mendatangkan lebib kekayaan kepada kita.

Melabur untuk anak-anak, boleh ke? :Ya mestilah boleh. Namun ada pelbagai kaedah pelaburan. Ada yang memberikan pulangan tanpa risiko (7%), mlah ada yang memberikan pulangan 20-200% dalam masa beberapa bukan.

Layari facebook Haji Asri Ahmad untuk maklumat lanjut : https://www.facebook.com/asriahmadacademy/

Cuba saudara kaji saham CIMB – Inari, Nestle, Tenaga, dan Bank Islam. (Kaji yer bukan suruh beli saham ni 😁). Bayangkan saudara bayar sikit-sikit dan simpan bagi 18 tahun. Kaji nilai bagi 18 tahun berikutnya.

Sebagai contoh: Saham GENTING – 1980- 2018 Pelabur dulu hanya melabur pada asalnha Rm 1000. Tapi selepas 20 tahun nilai saham GENTING menjadi Rm2.3 juta. 😮😮 Jangan lah terkejut, ini antara study case yang disampaikan oleh Haji Asri Ahmad dalam seminar Mudahnya Melabur Sabtu lalu. (24 Februari 2018).

_________

Formula 7 – RM

Asas kukuh akan bantu kita melabur dengan betul. Kita tahu risiko kita ambil setimpal dengan pelaburan.

2TIME- 2RISIKO

1) TIME
Matlamat kita apa? berapa lama?

2) TYPE OF INVESTMENT

3) RISIKO – Sanggup rugi?
4) REWARD – Berapa reward yang layak diterima

Apapun yang paling penting adalah kenali pasaran apa kita nak masuk. Kaji dan kaji fundamental, barulah masuk pasaran saham mereka. Jika tidak yakin elakkan, kerana wang kita bukan mudah untuk kita dapat. Rugi jika ianya hilang begitu sahaja.

Sebelum melabur saham patuh syariah wajib percaya dahulu.

Persepi akan mempengaruhi tindakan kita. Tindakan masa melabur akan mempengaruhi untung dan rugi. (MINDSET- TINDAKAN-HASIL)

Majlis Perasmian dan Pelancaran Seminar Berani Melabur 2018, Siri Jelajah Seminar Labur Saham 2018 oleh YBhg. Datuk Seri Tajuddin Atan, CEO Bursa Malaysia Berhad

Info: Asri Ahmad Academy (AAA)

Asri Ahmad Academy (AAA) membawakan perkongsian ilmu tentang pelaburan saham yang sah dan patuh Syariah di Bursa Malaysia diiktiraf oleh orang No. 1 Bursa Malaysia.

Antara organisasi dan perseorangan yang telah terlibat dalam menjayakan program ini adalah Bursa Malaysia-i, Lembaga Zakat Selangor, Pusat Pungutan Zakat – MAIWP Malaysian Association of Technical Analyst (MATA), CIMB Investment Bank Bhd, Hong Leong Investment Bank Bhd, Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman, Tuan Azzam Sabtu, Tuan Nik Ihsan, Tuan Awj Finance, Tuan Nazarry Rosli, Tuan Sayed Munawar, para alumni AAA.

Siapa patut hadir dan belajar pelaburan saham?

Jika makan gaji, kerja sendiri, usahawan, graduan yang ingin menjana pendapatan pasif dan untuk mereka yang zero tentang saham. Lagi satu, untuk pengetahuan semua, melabur saham bukan untuk orang kaya sahaja. Semua orang boleh melabyr saham patuh syariah ini. Kepada sesiapa diluarsana yang katakan saham adalah susah, tiada masa dan haram juga wajib hadir ke kelas Pelaburan Saham yang dianjurkan ini.

Jadi apa tunggu lagi, jom kita belajar tentang pelaburan saham patuh syariah di Bursa Malaysia. AAA akan berada di 45 lokasi seluruh negara. Anda juga boleh mendaftar ini website : www.asriahmadacademy.com

Belajar dan belajar. Kunci orang beejaya adalah orang yang mencintai ilmu. Lepas ini jika ramai yang terlibat dalam pasaran saham, mesti dividen Januari 7% bukan lagi pada pandangan anda. Okaylah, selamat belajar.Untuk yang masih belum kenal Haji Asri boleh ke facebook Tuan Haji di facebook pages Mohd Asri.

Layari facebook untuk maklumat lanjut : Seminar Pelaburan Saham

Semoga niat untuk kaya seiring dengan tindakan anda dan saya. Semoga satu hari nanti kita   sama-sama menjadi penyumbang zakat terbesar bagi Ummat Islam. InsyaAllah. Selamat melabur saham 😍

Posts Tagged with…

Reader Comments

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge