Ter”offer” diri kerana rasa bersalah!

Assalamualaikum. Apa khabar semua. Nak tahu, sejak memasuki bidang blogging secara serius secara tidak langsung saya tahu beberapa perkara yang bukan dalam bidang saya sebenarnya.

Sejak 2016 saya aktif blogging di bawah kepimpinan blogger BEN ASHAARI. Kami disatukan di bawah Kelab Blogger Ben Ashaari. Sejak daripada itu, saya kenal ramai PR dan ada juga hadir event mereka. Masa mula-mula dulu hadir majlis orang sopan jer. La ni pun sopan takkan nak tantrum depan orang. Cuma lebih berani keluar daripada dunia kebiasaan.

Satu demi satu dipelajari secara tidak langsung. Sejak itu dah nampak bagaimana blogging juga dapat bantu menaikkan nama jabatan tempat bertugas sekarang.

Namun begitu apa yang kita rancang belum tentu dapat dilaksanakan. Saya cuba sampaikan hasrat beberapa kali, aa juga berdoa dan minta dalam solat tapi bila belum masanya memang impian takkan tercapai. Idea ada, tetapi apabila kita sampaikan kepada orang yang salah ianya tidak bermakna.

Semalam (17/1/2018), niat asal berjumpa dengan Boss besar kerana untuk dapatkan minit daripada beliau kerana membenarkan saya tiba ke pejabat mengikut waktu kerja anjal. Jadi saya lewat dan balik awal pada masa tertentu boss telah maklum. Jadi, siapa yang cucuk boss perkara tidak baik, pasti boss boleh tahu siapa baik siapa jahat. Namun begitu, jenggg jengg jenggg.

Tuan ada offer Insp Pro kan? Ya, Puan berminat?

Ya saya nak mohon Tuan. Saya rasa bertanggungjawab untuk membantu jabatan kita. Sedangkan saya banyak bantu jabatan luar, tapi jabatan sendiri saya tidak bantu. Jika diberikan peluang, saya akan lakukannya.

Memang terjah betul ini. Ayat tanpa skrip dan semuanya daripada isi hati. Terus boss setuju dan minta pegawai berkaitan untuk keluarkan surat arahan menjalankan tugas.  Bahasa orang muda, “Kau rasa???” Setuju kalau saya katakan apa kerja kita lakukan pasti akan menjadi seronok kalau ada minat? Jadi ini passion saya, tak salah saya luahkan pada boss. Apa orang nak cakap, abaikan sebab kita sahaja tahu kemampuan kita.

Penugasan pegawai PRO :

  1. Merancang dan menguruskan perhubungan media dan publisiti serta memupuk hubungan baik dengan media tempatan
  2. Mengurus dan membuat perancangan acara kepada jabatan/agensi
  3. merancang dan mengurus media sosial jabatan/agensi
  4. menguruskan bahan penerbitan korporat jabatan/agensi
  5. merancang dan mengurus pameran/lawatan di dalam dan luar negara
  6. mengurus sebarang maklumat balas dan aduan yang diterima oleh jabatan/agensi
  7. Memantau dan menilai isu-isu semasa dari akhbar yang dilanggan
  8. menguruskan sewaan tempat oleh organisasi/orang perseorangan di jabatan / agensi
  9. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa

Sahabat semua doakan yer. Kata boss atas daripada saya semuanya sedang diuruskan . Jadi kita hanya tunggu sejauh mana akhirnya perkara ini akan terjadi. Doa-doakanlah , saya mohon bidang saya suka dan boleh buat. Bukan atas sebab lain. Lagi satu, saya minta buat kerja harapnya tiada masalah. Lainlah saya minta pangkat, ini hanya minta untuk menjalankan tugas yang saya minat.

Jika berhasil, KBBA9 harap sudilah bekerjasama ya. Okay setakat ini dahulu. Selamat bercuti esok ya.

Reader Comments

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge