Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Pesara-pesara Polis

Ya Allah , rasa rindu dengam blog sendiri sebab telah beberapa hari tidak ada kesempatan untuk log in serta mencoretkan nukilan istimewa di paparan media blog Umminani ini. Namun, bersyukur hari ini ada kesempatan untuk update blog ini. Ini cerita seharian semalam kami berkampung di PWTC sejak jam 630 pagi. Seawal 5pagi dah keluar rumah okay. Rasa kesejukkan menunggang motor tu sampai ke Dewan Merdeka.

Bersama platun mate, ASP Monanorlina.

Kali ini tugas saya adalah sebagai penyambut tetamu. Ya, tugas yang penting untuk memastikan PDRM di segani dan event berjalan lancar. Bukan apa, apabila majlis besar dan memerlukan semuanya dalam keadaan teratur, maka penyambut tetamu memainkan penting untuk mengatur urus kedudukkan juga.

SARJAN Azlina, orang yang banyak bantu saya ketika zaman io dulu. Salah seorang sarjan wanita yang bertugas sama dalam satu team. Hebat, antara penerjun wanita satu ketika dahulu. Sarjan belum pencen, namun datang bersama-sama dengan rakan-rakan yang pernah ditugaskan.

Ini pula suasana dalam dewan. Asp Yasmeen juga platun mate yang sama-sama training dulu. Manakala Insp Zana adalah orang yang banyak bekerjasama semasa dia masih di Muzium satu ketika dulu. Kini bertukar ke Insp Latihan Bukit Aman. Walaupun event disini, tak menyusahkan kami. Makanan disediakan dan pengangkutan juga disediakan. Cuma saya lebih selesa merempit dengan motorsikal.

Pengalaman:

Semasa bertugas kami berurusan dengan bekas polis yang lama-lama dulu. Ada seorang tu G650 India, masih sihat. Nama tak ingat, tapi yang menarik kami cuba bantu dia. Oleh sebab kurang pendengaran kami tanya, “Tuan, datang dari mana?” – Yang dijawab, “Saya pokis, saya tak ada surat, tapi datang sebab ada dijemput!”.

Lepas kami tidak dapat lagi nak bantu dia, terus Insp Wahida bawa orang lama ke kau ter tingkat dua.Dengar la dia mengomel, “Apa ini orang muda, tak pandai layan pegawai lama!” 🤣.

Pengalaman deal dengan orang lama. huhuu! Masa makan pula, ramai yang keliru antara dewan malan Tun Razak 3 dan 4. Maka, terpaksa la saya menjerit untuk mereka tengok pada slip yang telah diberikan. Kelakar. Lepas makan kami pun beransur balik.

Harap mereka yang datang happy balik dengan membawa sedikit saguhati daripada PM. Lepas ni,mood pilihanraya pula. Bila ya? Kita tunggu announcement okay.

 

Comments

  1. Marni Hani

    Semoga Puan terus cemerlang dalam kerjaya PDRM. I’ve been go through your blog Puan. Semangat nak jd spt Puan. Doakan sy diterima berkhidmat dlm PDRM juga. Salam ceria Puan..

    1. Post
      Author
      umminani

      Hi, ya saya doakan Cik Paun bakal jadi Puan Marni. Berjaya dalam lapangan dan masuk dalam bidang ini. Kuat semangat insyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge