Month: January 2018

Bakar-bakar Steamboat di Bangi Lokasi Pilihan Keluarga

Cuti Hari Krismas, kebetulan mak datang ke rumah kami. Jadi, walaupun excident sekali lagi kami tetap usahakan untuk bawa mak jalan-jalan dan makan-makan. Mula-mula plan untuk ke IOI Mall, siap punya segak dah, pakai foundation semua dah nak melawa ;), , tapi sampai jer di IOI Mall Ummi masih rasa nak makan steamboat. Asalnya malam sebekum tu ada cari di facebook, lokasi terdekat di Beranang. Tunjuk kedai dekat suami, katanya macam tak best. Ehm, penting peniaga buat kedai lawa-lawa dan presentation cantik tau, tengok ada customers yang melihat sahaja dah boleh decide nak makan atau tak di kedai anda. Jadi, bila dah sampai IOI Mall, Ummi rasa nak ke Bakar-bakar Steamboat di Bangi.

Bakar-bakar Steamboat di Bangi.

Search di google, blog Cik Lily Putih yang ada cerita tentang Bakar-bakar Steamboat di Bangi ini. Tapi hati tak sedap juga bila hasil carian google kata tutup hari Isnin. Tapi dah u-turn daripada IOI Mall ke Bangi, macamana ni? Ehm, redha jer la. Tetap menghala ke Bakar-bakar Steamboat di Bangi.

Akhirnya, tak sampai 15 minit kami sampai. Cuma sunyi sepi, jam menunjukkan pukul 1130pagi. Alahai, ada rezeki ke tidak nih?? Terus suruh Along turun survey dulu, buka ke buka restoran ini. Along cakap tutup! Tapi, ada lori hantar barang mentah. Hish tak puas hati ini. Sebab pekerja yang hantar bahan mentah tu tolak pintu restoran dan masuk. Maknanya, pintu terbuka. Jadi, Ummi sendiri turun dan pergi kedalam kedai. Bila baca di papan tanda luar, wah berita gembira, restoran Bakar-bakar Steamboat di Bangi ini buka daripada jam 11.00pagi.

Cuma tak puas hati, masuk dan tanya pekerja sendiri. “En, dah beroperasi ke belum?” “Dah Puan”.  Okay, maknanya kami adalah pelanggan pertama hari tersebut (26 Dec 2017). Syukru rezeki kami sekeluarga dan yang penting dapat bawa mak makan juga.

Harga Ikut Pakej :

Harga makanan disini ikut pakej :

Dewasa =RM42.00+ , Senior Citizen : RM33.00+ , Kanak-kanak RM21.00+, Bawah 6 tahun PERCUMA. So, kalau pergi satu keluarga bajet dalam RM150.00 dah cukup. Ini kalau anak kecil macam Ummi la. Kami seisi keluarga dengan mak baru RM138.00+. Terlupa harga sebenar, tapi ini harga yang tidak tepat pada sen-sen tu.

Bakar-bakar Steamboat di Bangi

Kalau rasa nak cuba boleh pergi sini. Berbaloi dan selesa sebab ruang makan ada air-cond. Ada juga ruang solat di tingkat atas. Kiranya kalau makan dan ambil masa lepak lama pun untuk bersama keluarga tidak jadi masalah. Yang penting waktu solat tinggalkan meja dan solat dahulu. Bilik air juga selesa. Tapi, TIDAK MESRA OKU, sebab toilet di tingkat satu. Lagi jika bawa nenek ke atok yang sakit lulut itu sikit isu. Pergi cari toilet sebelum masuk restoran ini. Lain-lain kemudahan termasuk parking sangat selesa. Lepas makan balik sahaja anak-anak semua terlena dengan nyenyaknya. 

Maklumat lanjut layari facebook  : Bakar Bakar Steamboat & Grill House Bangi

Setakat ini dahulu entry kali ini untuk memori masa akan datang. Jumpa lagi bye. Assalamualaikum .

Sessi Persekolahan 2018, kisah riang ria anak kesekolah

Alhamdulillah, syukur cuti akhir tahun 2017 telah berakhir dan kini telah bermula sessi persekolahan 2018. Syukur semua keperluan anak-anak dapat disediakan dengan sebaiknya. Bab yuran Along dan Angah juga selesai, cuma yang mana perlukan bayaran bulanan itu sahaja perlu diteruskan.

Yuran SRAI dan Tadika

Along, masih di SRAI. Yuran tahunan Along untuk darjah 2 RM144.00 PIBG  rm80.00 dan majalah sekolah RM15.00. Buku sekolah biasa RM27.00 , Buku Agama RM19.80,Tanda nama RM7.00, Baju Pendidikan Jasmani RM18.00, Yuran Makan RM50.00 x 6  = RM300.00 ehm, selesai setakat ini untuk Yuran Tahun 2018 bagi Along. Yuran makan sahaja ada lagi 6 bulan yang perlu diselesaikan. Setakat ini RM610.80.

Angah pula tahun ini nak sangat ke sekolah. Walhal Along dulu tidak pun mengikuti kelas atau pembelajaran secara formal di tadika. Kesiankan Angah jadi hantar jerla dah nama pun dia teringin sangat nak kesekolah. Kos Angah pendaftaran dan juga yuran selama 3 bulan adalah RM1480.00. Ini termasuk transit dan juga kelas iqraq serta fardu ain. Jadi masih jimat jika nak dibandingkan dengan kos pergi balik ke rumah pengasuh. Kiranya Angah stay daripada pagi sampai jam 6 petang ditempat sama. Selamat dan senang Ummi.

Hari pertama persekolahan:

Hari pertama sekolah, Along bangun 515 pagi , mandi dan siap uruskan diri. Ummi train macam recruit, kerja mau cepat dan pantas. Bukan apa Along sempat lagi untuk tahajjud serta buat solat sunat witir. Biasa solat sunat witir dah suruh buat sebelum tidur. Andai terlajak tidur pun tak lah rugi.

Seawal 615 pagi selesai subuh ayahanda mereka dah hantar Along ke sekolah. Seronok Along dari atas sampai bawah baru. Cuma kata Along, beg sekolah jer tak baru Ummi. Pakai yang mana ada , sebab masih elok lagi. Nanti rosak baru beli , bukan apa tak mahu rumah jadi store simpan beg. Dah berlambak beg. Stress nak menyimpan.

Angah akan menempuh alam baru persekolahan dan kelas bermula jam 8.00 pagi, jadi Ummi dengan Abah hantar untuk beri semangat. Angah bangun mandi pun mudah, mungkin sebab dia dah prepare minda dia untuk sekolah agaknya. Bangun pagi, Angah makan sekeping roti dengan butter dan minum milo “Milo kembali ke sekolah”, ha! Siap ada tema!.

Bila sampai sahaja di sekolah Angah buka kasut dan terus masuk. Bila dah duduk, saja tunggu tengok reaksi Angah. Tengok dia relax jer, kira pass la. Dalam ramai-ramai pelajar Angah seorang sahaja pakai kopiah. Bagus, keep it up Angah. Semoga jadi ketua kelas dan pemimpin yang hebat. Ewah, beria Ummi kan? Syukur tiada reaksi pelik daripada anak-anak Ummi.

Jom layan koleksi gambar alam persekolahan 2018 :

Semoga anak-anak kita semua berjaya dunia akhirat dan menjadi asbab kepada kita untuk ke syurga Allah swt nanti kemudian hari. Kita ibu ayah ini hanya mampu usaha, dan doa agar anak-anak di berikan celik hati untuk menerima pelajaran. Selain itu, sebagai ibu ayah, Ummi juga tak putus berdoa supaya akal yang cerdik ini bukan sahaja bab duniawi, tapi sikap juga mencerminkan sikap serta perilaku muslim yang hebat. InsyaAllah. Amin. Jumpa lagi next entry ya. Bye

Untuk tips anak bijak dan cerdik  , boleh download ebook ini:  Power Parenting.my:

Mak diusia senja, 66 tahun banyak yang mak lalui. Happy birthday mak.

66 Tahun! Tambah tolak sikit lagi akan mencecah 70 tahun. Biasanya 70 tahun kudrat telah berkurang, hanya masa untuk menikmatai keindahan ciptaan Tuhan sahaja. Dulu, masa kecil maklah segalanya.

Oleh sebab saya seorang sahaja anak perempuan jadi apa mak pakai itulah yang nak dipakai. Apa mak ada, itu jugalah saya ingin miliki.

Teringat peristiwa “kain pasang”. Ayah belikan untuk mak warna koko, tapi tiada untuk saya. Gila jelous! Menangis tidak berpuas hati kerana kain pasang. Sampai akhir, mak tak pakai baju tersebut. Ya Allah bila dah besar baru faham , menyesal. Itu zaman anak-anak la. Kini dah pun dewasa.

Jadi tahun ini kami (saya,adik, suami dan Dik Nana) hadiahkan mak sepasang telekung Siti Khadijah. Cuba bayangkan apa perasaan mak? Baru best, mak pakai apa yang kita pakai. Seronok apabila mak tersenyum bahagia. Biasanya mak hanya tengok orang pakai dalam rancangan Dai dan juga iklan di televisyen. Kini , apa mak teringin dah jadi hak mak. 

Dulu mak garang, apa sahaja tidak kena tunggu la rotan. Kami semua memang tak berani untuk melawan. Hari ini bila saya sendiri miliki anak seramai 4 orang baru lah tahu susah payah mak dulu. Bagaimana mak rasakan membesarkan kami adik beradik. Ada anak sendiri baru tahu, salah layanan ada yang jelous, ada yang terasa hati. Jadi jika ingin memuji, semua nama akan disebut. Supaya adil dan saksama.

Emak, satu perkataan mahal pada nilai. Bila lelapnya mata mak, kita tiada lagi insan yang boleh kita panggil dengan panggilan mak. Mak, tolong kakak. Mak, nak apa? Mak, nak makan? Serius, mesti terngiang-ngiang punya. Jadi, kesempatan masa yang ada, usia yang Allah swt pinjamkan ini diharap adlah sempat untuk saya sebagai anak menabur bakti kepada mak.

Teringat cerita seorang lelaki zaman Nabi Muhammad s.a.w , katanya “Saya pikul emak saya menunaikan haji, adakah telah membalas jasa emak saya melahirkan saya?” ” Tidak wahai anak, jasa ibumu melahirkan kamu tidak setimpal dengan apa yang kamu lakukan.”

Jadi ketahuilah saya, apa juga yang saya lakukan belum tentu dapat melunaskan hutang ibu melahirkan saya kedunia. Walaupun begitu, akan terus saya usahakan dan berdoa agar satu hajat yang sangat diidami mak akan dapat dicapai dengan izin Allah swt. Walaupun usaha ini juga masih tidak dapat membalas jasa mak. Mak, selamat hari lahir ke 66 Tahun . 2 Januari 1952 tanggal mak dilahirkan. Kami anak-anak hanya mampu berdoa agar mak sihat dan dapat beribadah dengan sebaiknya. Tiada apa dapat kami lakukan selain menggembirakan mak. Semoga doa mak akan kami perolehi selagi hayat dikandung badan. Keberkatan hidup kami hanya pada doa dan restu mak sahaja. Doakan kami mak, supaya semua azam kami tahun ini akan terlaksana. Kami semua sayangkan mak. Specialnya mak, air tangan mak tiada galang ganti. Tiada serupa dengan mana-mana insan lain. Terima kasih mak.