Saya dan Kerjaya ; Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Melawat orang sakit menginsafkan dan bawa diri sedar untuk syukur

Lawatan ke Hospital bukan sekadar tugas. Tetapi kurniaan Allah swt kepada team saya yang terdiri daripada SI Noriah dan KPL Mohamad Yusri Marzuki. Kami di tugaskan pada 18 Januari 2018. Seawal jam 10.00 pagi kami ke Glenegles Ampang dan seterusnya ke IJN, HKL dan hospital Tawakal.

Kami bukan sekadar melawat atas dasar tugas. Kata En Yusri, “Puan, kita ini direzekikan bertugas dan melawat orang sakit ini 70 malaikat mendoakan kita”.

SAKIT BUAH PINGGANG
Ini adalah Sarjan Nasir daripada Forensik Cheras. Beliau mengalami sakit buah pinggang.
Kopral mengalami masalah jantung. Nampak sihat, tetapi ada isu denyutan jantung yang laju sehingga boleh menyebabkan beliau penat dan pengsan. Doakan beliau kembali sihat.

Setuju.Seperti saya melawat Adik Arissa, sebenarnya Allah swt sedang menjentik saya supaya lebihkan kasih sayang kepada anak-anak. Syukur atas kurniaan Allah.Jom kita doakan semua yang sakit kembali sembuh untuk beribadah. InsyaAllah.

Ini ceritanya Adik Arissa :

18/01, 18:53] KONST NASRULHAQ MAD LATIF: Anak kami Nur Arissa Sofia berumur 6bulan adalah menghidap penyakit yang jarang berlaku dimalaysia yang mana penyakit ini adalah kes ke 3 di malaysia yang diberitahu oleh doktor pakar pediatrik HKL.Dari HPSF pindah HSI skrg ke HKL sudah 4buln.Walaupun diusia 6bulan kami berdoa agar anak kami tetap kuat melawan penyakitnya seperti kalsium tinggi dalam darah,tulang tidak padat dikataan tulang rapuh dan mudah patah,tulang rusuk antara ke 6 ke 7 sudah patah,manakala paru2 tidak dapat berkembang akibat tulangnya tidak dapat membesar mengikut umurnya sekarang,dan bermacam lagi yang sukar kami jelaskan.1jan yang mana anak kami dikejarkan ke icu pediatrik akibat tidak dapat mgawal penafasnya dan nadinya tiba2 menurun keseluruhan badan menjadi biru darahnya turun sangat rendah.9hari mengunakan mesin bantuan penafasan,diberi ubat tidur dan dimasukkan darah tambahan di icu.Anak kami sangat memerlukan susu CALCILO XD dari US yang mana kos nya juga besar.Moga ada keajaiban dan kesembuhan untuk anak kami.

Jika Tuan/Puan ingin membantu boleh hubungi
Nama Ayah : KONST NASRULHAQ MAD LATIF
Tempat bertugas :
BN 6, PGA : 013-6198077

Pengajaran :

Tugasan ini sangat terkesan di hati. Saya melihat akan adik Arrissa merasa amat bersyukur. Jika dibandingkan kehidupan sendiri dengan keluarga ini. Saya memiliki anak-anak yang sihat dan pintar. Bising dan cergas itu nikmat yang kadang saya lupa. Insaf dan sedar untuk menjadi ibu ayah yang lebih baik.

Keduanya, apabila melawat orang sakit, secara tidak langsung kita tahu apa sakit mereka. Punca? Ya mungkin daripada pemakanan. Jadi, apa yang kita makan wajib dijaga daripada usia muda. Kesihatan itu nikmat dan anggota tubuh Allah swt bagi adalah pinjaman yang tidak boleh kita sia-siakan.

Sama-sama kita jaga diri untuk niat menjadi insan yang boleh berjihad kepada Allah swt. Kita juga doakan saudara mara kita juga sihat dan boleh bersama-sama menikmati kehidupan yang indah ini. InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *