Cerita anak lelaki yang boleh harap!

Ini cerita minggu lepas hari Sabtu. Suami kena bertugas pada hujung minggu. Hari Jumaat kira dia off duduk di rumah la.

Jadi kami sahaja anak beranak berpakat untuk pergi ke kenduri kahwin dan juga untuk memenuhi masa mereka kami pilih untuk ke perpustakaan.

Bangun seawal pagi, semua dah semangat untuk berjalan. Oleh sebab kenduri kahwin ini di Felda D’Saji Tasik Titiwangsa jadi kami singgah ambil suami untuk keluar lunch. Sampai disitu kami pilih untuk parking valet, RM10.00. Parking valet ini menyenangkan dan memudahkan kami.

Kami berjumpa dengan Tuan Ramlee. Tuan Ramlee ini bantu kami suami isteri dan bantuan dia akan kami kenang sehingga akhir hayat kami. Orang kata, bila orang berbudi kita berbahasa. Beginilah, sampai  kini ada masa bertanya khabar juga kepada orang lama ini. Semoga ukhwah sehingga akhir hayat kita. InsyaAllah. Bab makan disini memang tip top. Puas hati buat majlis di Felda D’Saji. Along makan banyak, adik walaupun dalam kategori infant, makan pun boleh tahan juga. Nak larang, anak suka,jadi makan jer la.

Lepas makan, kenalah hantar suami balik ke pejabat. Si kakak nak ikut abah masuk pejabat. Ingatkan mahu la dia stay sampai esok pagi, rupanya tidak pun. Boring agaknya, yerla semua orang dewasa di pejabat.

Kami anak-beranak singgah solat zuhur di Masjid Bukit Aman. Nak tahu, adik nak sangat pergi dekat Along dan Angah, Ummi pula risau. Tapi fikir biarkan jer la, dan tunggu lihat apa reaksi dia. Rupanya  baik pula kelakuan. Dia tak bermain, sebaliknya solat ikut jemaah lain. Bagus, ini baru nak masuk 2 tahun. Pandai adik bawa diri. Ummi rakam dan tunggu tengok lama juga. Risau dia kacau orang, sebaliknya baik jer dia. Hish, lepas ini jangan risau tak kena tempat. 

Lepas solat, kami ke Perpustakaan Negara. Alang-alang ke sana Ummi nak pinjam buku. Ummi tinggal jer anak-anak lelaki 3 orang dalam library kanak-kanak. Cepat-cepat beredar dan ke bahagian pinjaman. Dalam duduk pilih buku debaran didada laju aihhh! Bukan apa risau juga tinggalkan adik dengan Along dan Angah. Lepas pinjam terus turun semula ke perpustakaan kanak-kanak. Buka pintu dan cari mereka bertiga. 

Rupanya tanpa Ummi, ketiga-tiga okay jer. Depa melayan televisyen dan baca buku(tak baca sangat) tengok gambar sahaja. Ummi masuk je, bila dah nampak Ummi dah tak duduk diam dah! Ini lah budak, tanpa mak boleh jer main diam-diam.

Tak lama lepas tu singgah semula di pejabat ambil kakak dan balik. Seharian kami di KL, penat tau. Dan sampai jer di Petronas selepas Sg.Long terus Ummi tak tahan lagi nak memandu. Jadi, berhenti dan take res seketika. Terlelap la sekejap. Lepas 20 minit sambung drive. Sampai rumah Along dengan Angah je bangun, adik dengan kakak sambung tidur. Fuh! Penat tapi anak-anak syok setelah 2 minggu terperap di rumah. Okay lah setakat ini dahulu cerita suka duka kami. Bye.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge