• Saya dan Kerjaya ; Polis Diraja Malaysia (PDRM)

    Melawat orang sakit menginsafkan dan bawa diri sedar untuk syukur

    Lawatan ke Hospital bukan sekadar tugas. Tetapi kurniaan Allah swt kepada team saya yang terdiri daripada SI Noriah dan KPL Mohamad Yusri Marzuki. Kami di tugaskan pada 18 Januari 2018. Seawal jam 10.00 pagi kami ke Glenegles Ampang dan seterusnya ke IJN, HKL dan hospital Tawakal. Kami bukan sekadar melawat atas dasar tugas. Kata En Yusri, “Puan, kita ini direzekikan bertugas dan melawat orang sakit ini 70 malaikat mendoakan kita”. Setuju.Seperti saya melawat Adik Arissa, sebenarnya Allah swt sedang menjentik saya supaya lebihkan kasih sayang kepada anak-anak. Syukur atas kurniaan Allah.Jom kita doakan semua yang sakit kembali sembuh untuk beribadah. InsyaAllah.…