Ting tong kepala mak, anak demam!

Bismillahirrahmanirrahim. Apa khabar semua?. Hari ini rasa letih tak habis lagi. Inilah situasi bila anak demam, mak pun berjangkit juga.

Throwback hari Selasa lepas, si angah cirit birit.

Sunyi lain macam rumah. Yer la, biasa dialah yang paling aktif. Kinestatik la sangat! huhuu.

Ummi, basah ni!

Tapi malam Selasa tu balik rumah, terus terbaring di ruang depan. Badan tak berapa panas cuma nampak ketidakselesaan itu pada riak wajah.

Sebab angah dah macam letih sangat, malam tu semua tidur awal. Jam 130pagi, dia kejut. “Ummi basah ni!” “Apa yang basah angah?”

Terus capai telefon. Menggunakan cahaya lampu telefon bimbit, la angah muntah rupanya. Ehm, habis keluar nasi dengan carrot.

Slow-slow jer cakap, angah bangun, jangan bising nanti adik pula terjaga.
Terus lap, kutip nasi yang masih lagi berbiji. Haiishh tak kunyah ke makan ter’over’ ni?

Selepas itu, kami tidur dekat dapur je. Ha! Jangan tak tahu, dapur pun dah cukup best tau. Walhal sebab dekat ruang tamu tu sejuk sangat dan basah sebab muntah tadi.

Esoknya bangun pagi, masih lagi cirit birit. Adoilah angah ni. Apa lagi, terpaksalah EL. Takkan nak menghantar juga anak ke rumah pengasuh. Mama dah la mengasuh seorang, buat nanti angah tercicir?

Rupanya sampai petang angah masih cirit birit. Kata mak, panas dalam kot. Dah tu cuma bagi dia air masak sahaja dengan kerap.

Bila petang, masih lagi pakai pampers. Okaylah daripada tercicir sepanjang jalan! Penat tau nak mencuci😅.

Malam tu, tengok dah tak berapa nak cirit. Dari jam 8malam sampai 1030malam dah tak cirit. Esoknya Ummi ada seminar di Pulapol dan Jumaat pula majlis Maulidur Rasul s.a.w. Peringkat Bukit Aman. Jadi harapnya angah sihat walafiat la.

Hari Khamis

Tiba hari Khamis, dia okay je. Walaupun tak pergi rumah mama, tapi selepas latihan kawad ,abah depa balik rumah. Katanya angah dah okay. Jadi, tenang la Ummi yang tengah dalam seminar ni.

Bila angah dah sihat, adik pula sekejap sejuk sekejap panas. Haissh! Dugaan lagi ni. Tiba hari Sabtu. Ummi ada seminar. Macamana kalau adik demam? Harap tidak lah.

Hari Sabtu, Ummi ke Maxim Citylights. Fuh, dugaan lagi. Ada up dekat fb, Celcom problem ke henset yang problem? Serius line tak ada langsung. Wasap pun sunyi je.

Sampai la keluar daripada kawasan seminar, internet baru dapat berfungsi. Dalam perjalanan balik ke rumah, beli la burger sorang sebiji.

Adik pula demam?

Ya Allah, badan panas. Bibir adik dah merah. Ehm, mujur sepanjang hari tadi okay. Sebab melihat akan keadaan adik semakin panas, Ummi pilih untuk tidurkan adik awal.

Tapi, dalam 1200tengah malam, adik pula muntah! Kali ini habis keluar daging burger. Adoii, sabar yer hati. Ginilah dugaan nak besarkan anak.

Selepas lap, cuci badan dan clearkan muntah adik tidur semula. Tapi, pagi tu terjaga lagi. Muntah lagi..adik!

Cuci lagi dan biarkan dia lelap. Pagi Ahad tu, bangun lambat. Ya, memang terlepas Subuh. Subhanallah tak disengajakan okay. Letih tau, bila anak sekejap lena sekejap bangun!.

Selepas masa tu, duk terpikir nak pergi ke tak event di Lot 10? Rasa badan pun macam okay, apa lagi suruh depa semua bersiap. Adik pun macam dah elok.

Sampai dekat Cheras, kakak pula muntah😫. Cabaran kali ini, kakak muntah kena baju dan seluar. Owhh tidak, “Along, bawa tak seluar Sarah?” “Tak Ummi, along bawa pampers dengan baju je”. Ehm, takpa lah, nak pergi Lot 10, jadi beli jer seluar baru disana nanti.

Bila urusan disana selesai, terus balik rumah. Ummi pulak yang 2 kali terasa nak muntah. Balik jer rumah lepas melayan Along dengan Angah makan Ramen Samyang, terus telan 2biji panadol dan tidur sampai jam 8malam.

Tak sedar apa, kepala dah pening sangat. Adik pula, nampak yang badan nak panas semula. Tapi bila sedar daripada tidur,rupanya abah dia dah usaha nak masukkan ubat bontot.

Dia tetap main dengan tenang dan terlelap juga dalam 30minit. Bangun semula, badan makin panas.

Pukul 130 pagi, dia muntah! Adoi sekali lagi.. dalam hati esok Ummi kerja ni anak oii.

Bukan 130pagi sahaja, setiap jam bangun. Last dia sedar 430pagi. Kepala Ummi pun dah ting tong. So, bf je. Tak buat lagi susu botol. Sapu sikit dada dengan Minyak Asmak bagi adik rasa selesa.

Sedar-sedar, dah lewat. Kepala mak ting tong nak oii.. maka terpaksalah EL lagi sekali.

Cabaran begini hanya orang yang lalui akan tahu betapa susahnya jaga anak kec tau. Tapi apapun Ummi bersyukur, sebab ikutkan kalau parents lain, ada yang hadapi dugaan lagi teruk. Korang nak tahu baca buku PRAMATANG, tulisan Ummi Puteri Nur Ehm.. kita ini kadang rasa dah teruk sangat, walhal ada lagi yang lebih teruk daripada kita.

Jadi, banyakkan bersyukur. Doakan kita semua kembali sihat dan walafiat. Amin.

#inspektormama EL hari ini. 🤧

One thought on “Ting tong kepala mak, anak demam!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge