Terapi diri, shopping buku nota comel

Ehm, sambung apa saya buat dekat pejabat hari ini. Sebabkan jiwa masih tak boleh senyum, maka duduk seketika dan pikirkan apa yang patut dibuat. Seperkara kalau korang nak tahu, Ummi mesti keluar. Duduk dalam pejabat sorang-sorang pun dah rasa bosan. Hilang mood sungguh. So, niat hati nak ke Nu Sentral sebab nak menghantar bendera Kelab Blogger Ben Ashaari kepada mamakembartiga.com.

Tapi, malangnya mama tidak kepejabat kerana menemai suami tercinta di Hospital Columbia. Jadi, Ummi terus pergi melayani perasaan. Singgah My Gajez tak ada benda yang menarik perhatian. Pergi pula ke Aidijuma….ehmm, bosanlah tengok tudung! Pusing keluar, wah ada MPH! Ini menimbulkan keterujaan. Serius sangat teruja. Yer la, ada buku kawan-kawan sepejuangan disini.

Bukan apa, inilah masanya nak visualize yang buku InspektorMama nanti akan berada disini satu hari nanti. Tak mustahil tau. Korang doakan lah buku ini cepat siap. Melangkah masuk ke MPH, lain pula ceritanya! SASSY! Ya Tuhan! Dugaan apakah ini? Adoii buku nota SASSY lawa gila!

Jalan lagi, ada pelbagai beg menarik dengan satu set. Hahaha niat nak beli tu ada, cuma batalkan hasrat sebab dekat rumah tu ramai menanti untuk jelous. Hahaha serius comel gila. Tapi lupa pula nak snap photo. Buku nota semua lawa. Yes, kulit cantik memang menarik perhatian iols okay! Last, pusing dalam MPH ini lama la juga. Kiranya berakhir di MPH la waktu rehat tadi. Tengok bil, total semua 5 buah buku nota dan sebatang pen RM94.30.

Ehm 😁😍😁, sekejap jer nak habis seratus! MPH awatlah jual buku comei-comei sangat tak tahu! So, balik jer pejabat mengadap satu persatu buku tadi, serius jiwa rasa tenang. hahaha korang pernah ke alami jiwa gelora macam ini? Dan akhirnya kembali normal lepas kita dapat benda yang kita suka.

Seperkara lagi, lepas ini siapa nak berikan hadiah dekat Ummi, belikan buku nota je okay! hahaha tak mau dah tudung bagai. Buku nota dengan wording yang menaikkan semangat tau.. hahaha demand! Okaylah, itu sahaja nak cerita kisah terapi diri dengan shopping buku. Bye

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge