Sejadah Dan Telekung Jadi Saksi!

“Alah, alim lah sangat!” “Konon alim, hati busuk!”. Fuh, rasa terngiang ngiang ditelinga ini mendengar kata-kata daripada seorang wanita ini.

Kata-kata sini tersebut walaupun sekali, namun bagaikan berlalu setiap masa. Ianya meninggalkan kesan mendalam dalam hidup ini.

Tetamu ditapis!

Sebagai seorang pekerja, saya memiliki sebuah bilik kecil yang dipanggil pejabat persendirian. Disinilah setiap kerja saya laksanakan dengan sebaiknya.

Prinsip saya, tiada keperluan untuk berbicara maka diam lebih baik. Tiada keperluan untuk bergurau senda,maka diam.

Oleh sebab itu, apabila tiada kerja yang mendesak dan segala tugasan telah siap saya lebih selesa berada didalam pejabat sendiri.

Ya, saya suka mengunci pejabat. Ops! Sebab apa? Salah satu sebabnya saya boleh menapis siapa yang berhak untuk masuk ke bilik kecil saya. Saya tidak membenarkan mana-mana lelaki terutamanya berada didalam pejabat saya melainkan hal yang mustahak.

Ehm, ada ke yang mustahak? Setahu saya tiada. Jika ada sekalipun ruang utama cawangan saya atau bilik bos lebih layak menjadi saksi perbincangan. Serius, seakan saya seorang yang berlagak dan sombong!

Waktu Tidak Terbatas

Apabila tiba di pejabat,kebiasaanya ro-call bermula seawal jam 8pagi atau jam 9pagi. Jadi, seperti seorang usahawan saya juga berniaga. Perusahaan saya adalah melakukan marketing dengan Allah swt.

Ya, waktu itu waktu dhuha. Ruginya jika seawal pagi saya harus hadir meting atau apa juga tugasan luar. Jadi setiap kesempatan yang ada sebelum jam 8pagi, saya cuba mengadu dan berkasih sayang dengan DIA. Bilik kecil saya lebih layak menjadi saksi setiap perbuatan saya.

Kenapa tidak menggunakan surau?

Satu hari , dalam beberapa bulan lepas bos saya melintasi pejabat saya. Ketika pintu diketuk, saya terus membukanya. Lantas, sempat bos saya mengintai ke dalam pejabat. Ya la, EKSA kan😄.

Ini surau ke pejabat?

Saya hanya mampu tersenyum. Ya! Ada sebab saya hanya melakukannya di pejabat sendiri. Bukan di surau.

Alasan saya:

1) Jika dulu pernah di kritik kerana dhuha, saya tidak lagi mahu menimbulkan fitnah. Biar saya sahaja yang tahu apa saya lakukan di bilik kecil ini.

2) Biarlah masa saya dengan-Nya tanpa diperhatikan sesiapa. Bukan saya sombong, tetapi environment tidak kearah saya hajatkan. Jadi, biar saya lakukan sendirian.

3) Saya tidak mahu perbuatan yang Allah swt anjurkan menjadi buah mulut orang. Malah, tidak juga mahu satu hari nanti seolah-olah saya cuba berlakon dan tiada lagi keikhlasan dalam diri. Saya takut!

Hanya saya , sejadah dan telekung yang menjadi teman setia. Mereka setia menanti saya setiap masa. Takala jiwa resah, hamparan terhidang. Takala ingin terus berbicara dengan-Nya, ambil sahaja di rak.

Ya Tuhan, segalanya mudah bagi aku Teruskan kurniaan-mu ini kepadaku dan bukakan hati ‘mereka’ untuk bersama-sama mentaati Mu. InsyaAllah.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge