Garang macam dinasour! Ummi ni nak makan orang ke?

“Ummi, itu dinosarous!” “Angah nak satu, boleh Ummi belikan?” Ini antara perbualan ketika itu di pusat beli belah satu ketika dulu. Saya ketika itu hanya membayangkan anak ini hanya berimaginasi dan sukakan dinosaour sebabnya ia adalah salah satu watak yang menghancurkan dunia dalam satu kisah animasi.

Rupanya apa yang saya jangkakan tidak sama dengan apa yang anak gambarkan. Tarik nafas panjang..dan hembus! “Angah, kenapa angah suka dinasour?” Saya menyoal anak kedua saya setelah beberapa hari selepas kami sekeluarga berjalan-jalan di pusat membeli belah.

Katanya mudah , namun buatkan hati seorang ibu tersentap. Kata seorang anak kecil mudah dan riak wajah bersahaja. “Angah suka dinasour sebab Ummi macam dinasour. Angah Cuma ingin berkawan dengan dinasour!”Sentap! Rupanya sikap saya selama ini menyerupai dinasour? Barulah saya sedar yang melalui teguran anak kecil ini sebenarnya memberikan satu  tamparan hebat.

Terdetik dihati kecil ini, “Ya Allah ini rupanya tanggapan anak yang aku kandung terhadap diri ibunya.” Menyesal dengan sikap demikian , barulah saya sedar yang selama ini saya membawa perwatakkan tidak kena dengan tempat dan penerima.

Saya melayan anak kecil seakan saya melayan mereka yang perlukan arahan daripada saya. Saya menjadi tegas dan garang tanpa perdulikan perasaan orang lain. Melalui teguran anak kecil ini, sejak itu sedikit demi sedikit saya cuba mengubah gaya percakapan yang sesuai dengan keadaan.

Peranan dan pengaruh kepada sikap

Ya. Peranan kerjaya dan juga sekeliling sangat mempengaruhi gaya sosial seseorang. Termasuklah saya seorang inspektor mama yang tidak memperdulikan gaya percakapan dan layanan terhadap seorang anak kecil.

Bagi saudara pembaca yang mungkin juga ibu seperti saya. Kita mungkin adalah seorang ketua atau telah biasa dengan gaya kepimpinan yang tegas. Namun begitu, sikap kita yang mungkin bagus kepada organisasi sebenarnya tidak boleh diterima oleh orang sekeliling kita.

Pengajaran :

Pengajarannya disini, siapa sahaja kita dan dimana kita berada jadilah seperti kambing yang masuk ke kandang kambing, mengembek dan masuk ke kandang harimau mengaum. Biarlah kita menjadi orang yang dihormati kerana sikap kita yang tegas tapi mesra bukan sebaliknya. Adakalanya kita mungkin merasakan sikap kita adalah yang terbaik. Namun, disebalik sikap dan akhlak kita sebenarnya ada mulut-mulut yang bercakap mengenai kita. Mungkin juga sikap yang tidak baik yang telah kita ekspresikan telah melukakan hati yang mendengar tanpa sengaja.

Sejak daripada  teguran anak kecil ini sebenarnya disebaliknya ada keindahan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Biarlah siapa pun kita, kita pasti boleh berubah menjadi dinasour yang disayangi bukan lagi ditakuti. Jadi, sekarang apa sahaja mereka ingin bermain, saya biarkan sahaja selagi tidak merbahaya.

Jadi sebagai ibu ayah biarlah kita disayangi kerana kita ibu ayah yang terbaik. Anak-anak amanah kita, wajib kita santuni mereka dengan kasih sayang. Kini , saya suka jika berkongsikan sikap yang baik saya kaitkan dengan sikap yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Jom sama-sama kita niatkan agar rumah dan keluarga kita menjadi keluarga contoh dan mengikut ajaran agama. InsyaAllah anak-anak pun membesar jadi anak yang soleh dan solehah.  Okay, jumpa lain di lain entry.

Reader Comments

  1. TATI MANSUR

    Tergelak kak Ti baca tajuk entry UN.. Tapi memang betul kadang kita lupa untuk menyesuaikan sikap kita dengan keadaan dan situasi semasa sampai melukakan hati orang sekeliling tanpa kita sedar.. kadang teguran comel itulah yang mampu meyedarkan kita…

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge