Senyumlah..senyumlah.. hanya kata-kata di hati

Hari ini seperti biasa, bangun seawal 515pagi. Tidurkan si kecik semula, supaya tiada kerja yang terganggu.Sedar-tak sedar jam hampir pukul 6 pagi. Segera ambil ayam didalam peti sejuk dan panaskan minyak.

Kerja bukan lagi 2 dalam satu, tapi beberapa kerja dalam satu masa. Sambil tunggu minyak panas, gosok gigi dahulu. Minyak pun panas, dan gigi selesai digosok.

Terus masukkan ayam dengan api yang perlahan. Bukan apa bila api perlahan ,ayam pun masak dengan elok. Tak adalah terkejut.Siap goreng ayam, semuanya di letakkan atas meja. Nanti Along dengan Angah dah siap mandi boleh la makan. Depa dua jer dekat rumah tu.

Cuti sekolah, satu kegembiraan. Perjalanan ke pejabat cuma 40minit. Serius rasa seronok sangat. Sampai ke kat office dah dhuha dan belek quran. Tapi ada satu perkara yang masih tak tahu apa bendanya, yang membuatkan hati rasa malas nak senyum! Owhh jiwa! Please la, cuba kau sembuh! Fuh! doakan saya ya. Tengah usaha untuk ikhlaskan senyum!

Reader Comments

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge