Henset aku on 24 jam sehari

Zaman sekarang bohong la kalau kata korang tak melekat dengan henset. Henset dengan quran ,rasanya henset lagi kerap pegang. Waima masuk toilet pun bawa. Ada kan? Bohong kalau tak pernah bawa!

Kisahnya, terasa hati dengan sekelompok manusia. Hish! Aku ni kuat sentap ke? Tak juga, tapi rasa penat! Bukan sebab tak dihargai, tapi heeyy kita ini manusia normal kot!

Ada hati dan perasaan. Contohlah, korang pegang henset 24 jam. Sat-sat tengok henset. Ada ka wassap masuk, penting kan!

Bila korang susah, tengah malam, petang pagi tak kira masa ada wasap dekat orang yang korang rasa boleh minta tolong. Tapi cer pikir, kalau tengah seronok, hidup makin senang ada ke korang ingat dengan orang yang pernah susah demi korang?

Korang tahu tak, disebalik korang mungkin pernah minta bantuan orang tu, atau pinjam duit orang tu atau apa-apa jer la, dia sebenarnya tengah susah!

Penah ke saja-saja wasap tanya “Adik manis ,kau okay ka?” “”Kakak pujaan, macamna okay ka?Sibuk ka?” Huh ! tak ada rasanya!

Once nak bagitahu, adab jaga jugalah. Kalau korang rasa ada perkara personal nak cakap dengan seseorang, wasap sahaja personal. Ini tidak nak maklum satu group wasap “Wei, dia bawa kat aku pekasam!” – Contohlah bahasa orang utara.

Tapi bila ditanya dalam group, hampa tengah bincang apa? “Tak ada apa, ada pesan barang!”

Nak tanya lagi satu soalan, “Korang ni tau dak ada manusia yang tak simpan rahsia?”.

Bila ditanya, terus dijawab , ” Owh, aku kirim pekasam dekat si polan!” “Owh dekat dia ja ka, aku tak dak?”

“Ingat ampa tak mau, dah dok biasa makan”. “Owh, boleh pula ingat-ingat!”

“Jauh nak p ambil kat rumah depa!” “Okay, fine sebab tu la kot aku jatuh ,duduk rumah dua minggu pun depa tak mai melawat, jauh rupanya!”

Haish nak pikir sabar ,memang sabar. Tapi pikir geram tu, memang geram.

Kalau dah rasa jarak 30 minit tu jauh, waima jauh beribu batu tanya tak boleh ka? Eh, wasap aku on 24jam sehari! Ha, takkan tak boleh wasap. Kalau tak boleh wasap call, tak pernah aku tak reply call siapa-siapa!

Itu satu hal, satu lagi dah la jangan kita nak tunjuk pilih kasih dekat mana-mana orang la. Buat apa nak pilih kasih,
kita tau ke esok siapa nak bantu kita?

Hari sama, tarikh sama, kita wish aniversary dekat orang yang kita sayang ja! Walhal yang sorang lagi pun tak kurang penting dalam hidup kau! Sengaja tak ingat atau buat-buat tak ingat? Sendiri jawab la.. sedangkan dok main facebook aku tengok 15jam sehari juga!

Ehm.

Heran aku!

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge