KBBA9,  Masam Manis "Life"

Kenapa perlu menulis? Semuanya bermula dengan niat dan matlamat.

Assalamualaikum, apa khabar semua? Hari ini (2012/2017) Rabu. Saya sampai pejabat awal atas tujuan untuk memberi manfaat kepada diri sendiri dengan berjoging dan live di facebook untuk tujuan memberi manfaat kepada followers saya. Niat dan matlamat akan mengikut kita jika kita menulis dan apabila semuanya tertulis.

Saudara, malam sebelumnya saya update facebook sebelum tidur yang berbunyi  :

InsyaAllah esok saya akan live pada jam 715pagi. 15 minit sahaja.

Tajuk : “Kenapa perlu menulis”.

Semua orang boleh menulis..nak tahu join live esok tau.

Janji esok ya.😍😘

Cuba perhatikan perkataan”InsyaAllah dan janji esok ya”.  Pertama saya berjanji dengan mengikat kata dengan insyaAllah kerana setiap sesuatu hanya akan berlaku dengan izin-Nya sahaja. Kedua, janji bermakna saya bukan sahaja ingin berjanji dengan followers saya tetapi dengan diri sendiri. Apabila kita berjanji kita mesti tepati.

menulis

Kenapa perlu menulis?

Menulis menghilangkan stress

Cuba rasakan bagaimana jikakita dalam keadaan tekanan. Semua perkara rasa serabut , malah dalam kelapa bersimpang siur rasanya lebuhraya “otak” yang sedang berfikir. Ini kerana kita tiada gambaran yang jelas yang mana harus difikirkan terlebih dahulu.

Jadi, mulakan dengan menulis dan mencatatkan setiap satu perkara yang sedang kita fikirkan. Seterusnya tulis nombor mengikut keutamaan yang mana seharusnya didahulukan dalam proses menyelesaikan perkara dan situasi tersebut. Semuanya bermula daripada dalam minda.

Bagi orang jenis visual seperti saya, bila saya menukis terus saya akan nampak perkara yang penting jika dibandingkan dengan tidak menulis. Malah apabila kita menulis, kita akan dapat merekodkan setiap perbuatan dan tindakan kita lalukan.

Catatan diary -kita adalah sejarah

Jadikan penulisan kita sebagai diari kita. Apabila kita menulis secara tidak langsung kita merekodkan perjalanan hidup kita yang melibatkan kos perbelanjaan dan pendapatan kita. Malah dengan menulis juga kita boleh expresikan perasaan ketika itu dengan baik. Cuba bayangkan saudara membaca semula diari pada zaman sekolah menengah, saudara senyum atau sedih? Saya yakin dan pasti seperit mana sekalipun peristiwa lalu akan membuatkan kita tersenyum pada hari ini. Jadi, kita adalah sejarah diri sendiri dan mungkin untuk keluarga.

Kongsi pengalaman /pengetahuan

Tujuan kita menulis adalah untuk perkongsian pengalaman yang telah kita lalui untuk bacaan orang lain. Kenapa ingin berkongsi? Saudara, apabila kita berkongsi pengalaman baik mahupun penat lelah kita secara tidak langsung yang sedang membaca tulisan kita akan merasakan mereka bukan berseorangan. Ada juga orang lain yang sedang hadapi situasi sama, jadi tidak perlu mengalah. Melalui penulisan kita, kita secara tidak langsung sedang mengajak pembaca kita untuk terus bangun daripada apa juga situasi.

Menulis sebagai tanda penghargaan

Pernahkah saudara menerima surat penghargaan atau ucapan birthday atau tahniah ketika sedang menghadapi sebarang kejayaan? Jika pernah, saudara rasa ianya membantu menaikkan semangat? Jadi begitulah juga jika kita menulis di blog atau juga buku. Secara tidak langsung kita sedang mencatatkan penghargaan kita kepada mereka yang ingin kita ucapkan perhargaan dan ucapan terima kasih. Jadi, bahagiakan orang lain dengan penulisan. Apa yang kita ada, beri dan pasti kita akan dapat semula. InsyaAllah.

Beri manfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat

Tujuan hidup kita pastinya bukan untuk diri sendiri saaja. Setiap orang memainkan peranan yang penting dalam kehidupan. Jadi, bagaimana untuk memberi  manfaat kepada orang lain? Salah satunya dengan menulis. biarpun kita menulis untuk tatapan sendiri tetapi suatu hari mungkin ianya akan menjadi rujukan anak-anak pula. Namun begitu, jika alangkah baiknya jika perkara yang baik kita kongsikan dengan lebih ramai orang. Contohnya tips untuk rambut lebat, tips anak mudah hafaz al quran atau apa juga petua rumah tangga selagi ianya memberikan manfaat kepada pembaca.

Jom saya nak sarankan untuk saudara yang membaca juga lebih rajin berkongsi melalui penulisan walaupun satu ayat. Niat apabila kita meninggal esok pasti ada ilmu yang kita sampaikan kerana ianya juga adlaah amal yang mungkin akan bantu kita kelak. InsyaAllah. Jom jadi penulis yang bermanfaat bukan sekadar menyampaikan berita tidak sahih dan menimbulkan kontroversi. InsyaALLAH. Jumpa lagi di lain entry okay. Bye

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *