Lawatan Kerja KBBA9 Ke Halal Hab JAKIM

Tahniah!! Perkataan pertama yang ingin diungkapkan kepada Kelab Blogger Ben Ashaari. Terutamanya kepada Ben Ashaari yang telah berusaha sedaya upaya menaikkan nama KBBA9 dan menjadi Kelab Blogger paling di percayai sehingga kini.

Kredibiliti Ben Ashaari sendiri sebenarnya yang membawa jenama KBBA9 bukan sahaja di terima dalam golongan usahawan dan syarikat korporat malah kepada organisasi dan Jabatan Kerajaan.

Kerjasama Antara KBBA9 Dan Halal Hab JAKIM

Terkini, KBBA9 telah dijemput untuk bersama-sama dengan Halal Hab JAKIM untuk mendengar sendiri penerangan berkaitan Halal daripada Ustaz Luqman Pegawai Media JAKIM.

Menurut Ustaz Luqman,

Sijil Halal ini adalah pilihan bukan diwajibkan untuk usahawan memohon sijil perakuan halal. Namun begitu, makanan yang disajikan masih halal selagi ianya tidak mengandungi bahan terlarang seperti daging khinzir dan arak.

Tambahnya lagi:

Rakyat kita ini mudah sangat untuk ‘viral’kan sesuatu tanpa usul periksa. Sebagai contoh, McD halal dimakan kerana s.o.p McD Malaysia adalah telah di akui persijilan halal. Bermakna daripada segi sumber dan cara masakan telah diluluskan oleh JAKIM.

Jadi, sebagai orang yang bertanggungjawab kita hendaklah memastikan setiap perkara yang ingin ditularkan mempunyai bukti yang sah dan kukuh.

Ustaz Luqman juga berkata,

Islam ini indah dan mudah. Kita sebagai orang Islam disarankan meninggalkan yang subhah. Jika kita tidak pasti tentang status lebih baik tidak diambil sebagai makanan. Elakkan daripada menyebarkan fitnah dan menimbulkan keraguan.

Syukur, kini ahli Kelab Blogger Ben Ashaari yang hadir secara tidak langsung telah jelas tentang status halal makanan terutamanya yang dijual dipasaran Malaysia.

Laman Interaksi Halal Hab JAKIM

Bagi memudahkan pengguna membuat rujukan, buat masa ini laman interaksi utama Halal Hab JAKIM adalah melalui facebook pages : Halal Hab JAKIM

Pengunjung boleh menyemak status yang meragukan di bahagian Photo / Gambar. Bagi memudahkan pencarian , setiap album telah di labelkan dengan nama album ysng sangat membantu.

Kredit Photo: Ben Ashaari

Lagi pula kepada mereka yang kaki travel, boleh merujuk kepada album logo Halal yang telah diperakui bagi beberapa negara. Sebagai contoh, Jepun ada 6 logo Halal yang mana telah diakui sah oleh JAKIM. Jadi, bagi sesiapa yang travel ke luar negara info sebegini amat berguna. InsyaAllah, ianya memudahkan dan membantu menghilangkan keraguan para traveller.

Persoalan dan Pertanyaan:

Pihak Halal Hab JAKIM amat berharap semua rakyat Malaysia lebih prihatin dan bertanggungjawab sebelum menularkan sesuatu isu.

Bagi usahawan terutamanya yang mempunyai sebarang persoalan berkaitan persijilan halal boleh ke JAKIM berdekatan.

Sebarang pertanyaan boleh pm ke messenger : Halal Hab JAKIM

Jom sama-sama kita share posting ini supaya lebih ramai mendapat manfaat daripadanya. InsyaAllah.

Comments

    1. Post
      Author
  1. Mieza S

    dengan adanya aplikasi smart halal, mudah masyarakat nak semak status sesuatu produk kan. Tahniah kepada pihak yang bertanggunjawab mewujudkan kemdahan macam ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge