Saya dan keluarga

Berdebar bila anak tak angkat call, YaAllah selamatkan mereka!

Ha! Tudia tajuk. Hahaha syurga bukan lah untuk ibu sangat. Cuma anak-anak lah yang rasa syurga sangat!

Angah dengan Along kesahnya, depa tak mahu ke rumah mama. Mama itu pengasuh depa. Angah dia pun sama, nak duduk rumah dengan Along. Kalau korang percaya ke budak usia depa ini duduk rumah berdua?

Ummi percaya, TAPI setiap jam memang ada je panggilan telefon masuk. Kisahnya, semalam (Jumaat) memang buat jiwa gundah gulana sungguh! Nak tahu ke? Korang bayangkan, kita call depa dari pejabat tak ada panggilan dijawab! Fuh.. berdebar wehh!

Bantuan Anak Jiran

Dah tak tahu nak buat macamana, maka tanya dalam group wassap mesyuarat tingkap. Kak Ina, jiran depan rumah cakap anak dia ada dirumah. Apa lagi terus la minta nombor telefon rumah.

“Angah, Ummi Mustaqim ini. Angah tolong Ummi.” “Tolong apa Ummi?” “Angah tolong gegarkan pintu rumah! Panggil Along dengan Angah Amin. Apa-apa angah tunggu nanti Ummi call angah semula.” “Okay Ummi!”.

5minit juga anak jiran ke rumah. Bukan jauh, tapi gegar pintu kot. Huh! 5 minit tengok facebook cepat weh, tapi tunggu nak tau khabar ini rasa seperti 5 jam!.

“Angah, macamana?” “Ummi, Along cakap dia tidur….” “La ya ka.. okay terima kasih Angah!”

Beberapa kali cuba lagi call Along, masih tak berjawab. Tunggu dalam 5 minit lagi, lamanya rasa!.

Ada panggilan masuk, tapi putus! Berulang dua tiga kali.. hadoii!. Last dapat cakap dengan Along. Nak tahu??

Ehm rupanya, telefon rumah ada yang tutup suiss. Geramnya mak!

Bila dah dapat bercakap, bermakna telefon tu berfungsi dengan elok.

Settle debaran dijiwa! Kadang lupa, anak-anak masih kecil, tapi Ummi rasa depa dah besar. Huhu

Sehari 4 jam sahaja..betul ke?

Ha, ini lagi satu hal.. Orang muda kata Omg!!😫 Tapi bagi Ummi hahah redha. 4 jam sehari mereka ada dirumah, ini kalau pergi rumah mama. Balik rumah nak masak, solat, basuh kain dan kerja-kerja lain lagi Maka masa dengan anak bermula jam 7 petang sahaja.

Kesian depa! Kalau nak melayan setiap hari memang tak sempat, jadi hujung minggu biar depan heaven dalam rumah sendiri.

Adik pula ada masa nak main sendiri. Ada masa dia join sekali bermain. Ini gambar, cuba bayangkan sekali dengan bunyi hiruk pikuk. Huhuuu🤣. So kalau anak main dan rumah sepah tu jangan marah, cepat-cepat la ‘move on’ ..hahaha gitu. Okaylah, selamat bersarapan dan berkebun. 😁

12 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *