Big Bad Wolf Books 2017

Petang Rabu balik kerja, terus singgah ke MIECC Mines. Jalan agak sesak sini, biasalah bagi orang tlyang biasa sini pick hour memang sibuk.

Bayaran parking RM3 dan boleh park dengan aman dan tenang. Orang ramai tetapi tak sesak. Kiranya, aman jugalah.

Masuk je dalam hall, wau buku . fuh rasa nak menjerit. addict dengan buku sangat. Tahun ini sahaja dah berapa buah buku rasanya terbeli dengan sengaja. Nilai wang jangan cakap! Takpe,boleh tax redemption. Hahaha

Sepanjang journey ke Big Bad Wolfs Kl 2017, selain merasai pengalaman dan membeli buku dapat melihat pelbagai tingkah laku dan cara manusia.

Pertama:
Buku dihidangkan mengikut keperluan dan target market yang disasarkan. Pembahagian section amat memudahkan.

Bentuk buku; masyaAllah, pelbagai. Tapi pilihan saya di bahagian self-help, dan art / photography. Bagi peminat resepi seperti kak Nina Azerin Abd Mufti memang wajib kesana. Serius syurga resepi. Tapi, saya tak lah beli. Bukan passion. 😄

Kedua:
Betul ke orang kita tak ada duit! serius seronok melihat ibu ayah membeli buku untuk anak dan seisi keluarga. Troli penuh seakan shopping baju nak beraya.

Ketiga:
Tabiat membaca! siapa kata orang kita bila paksa baru nak baca buku? Tak juga. Penuh jer orang. Dan kerusi meja disediakan pun full orang duduk sambil membaca.

Keempat:
Harga buku superb DISKAUN! Hadoii beli Rm100 dapat lebih 10 buku. Ada yang berharga Rm1 juga. Cuma pilih yang mana sesuai.

Buku Latihan Anak: Wajib beli. Kos asal Rm6.9 ,disini Rm1-Rm3

Buku bacaan: kalau jenis board untuk anak, hadoii Rm3-5 pun ado!

Buku agama: Datang lah nak beli, tapi memang semua berbaloi.

Rasa nak repeat lagi .. rugi kalau asyik tengok sales 12.12 selama 3 hari tapi tak pergi shopping di BIG BAD WOLF BOOKS.

Satu buku yang menceritakan tetang CHINA. Kulit nampak biasa, tapi nampak ke apa yang cuba disampaikan? Jelas sekali!

Nampak tak sisi buku? Pelik tapi amat memudahkan pembaca.

Masih belum terlambat! Dibuka sehingga 18 Dec 2017. Jom beli dan baca. Andai ada takdir, dapat la Hadiah telefon. Janji selfie atau snap photo dan masukkan hashtag tiga ini.#ReadAndGetBadder# BBWKL2017 #BBWSnapAndWin3

Selamat shopping.

One thought on “Big Bad Wolf Books 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge