Anniversary dan kesedihan yang terbuku

8 Tahun menyulam kasih. Bukan mudah melayari bahtera cinta dengan seseorang yang tidak dikenali pada awalnya. Malah, perbezaan antara 2 negeri membawa satu impak yang besar. Jika keluarga kita sendiri dapat menerima kehadiran pasangan, namun belum tentu keluarga pasangan dapat menerima kita. Begitulah yang terjadi dalam hidup #inspektormama . Hadir dalam sebuah keluarga yang mana pasangan adalah anak sulung satu cabaran. Penerimaan adik-adik perempuan bukan mudah. Orang kata, biasalah orang perempuan ini mulut jahat lain macam. Malah, tak kurang juga dengan sikap dengki dan cemburu. Lebih menyedihkan mereka risau, jika kasih sayang mak dan ayah memihak kepada si kakak yang hadir dalam hidup mereka. Cabaran sebenarnya bukan daripada si kakak, tapi dalam diri sendiri yang takut akan bayang-bayang. Selama 8 tahun jugalah terasa diri masih tidak diterima dalam keluarga suami. Jika diawalnya saya mesra dan memberikan kasih dan sayang. Tetapi sekian lama, apabila kehadiran tidak lagi di anggap penting akhirnya saya mengambil langlah menyepi. Bukan apa, akhirnya bukan mengalah, tetapi biarlah menyepi kerana kemenangan, bukan berbunyi yang menyebabkan suasana lebih tegang. Selama itu jugalah keluarga kecil yang dikurniakan oleh Allah swt sejak 8 tahun lalu dijaga rapi. Anak-anak menjadi penyeri. Suami pula menjadi teman sejati yang dipinjamkan oleh Allah swt. Tiada lain, hanya doa yang saya titipkan. Supaya perkahwinan ini kekal bahagia kerana Allah swt. Supaya setiap jalan yang kami harungi adalah kerana redha Allah swt. Biarpun mak dan ayah tersepit antara anak dan menantu, namun sebagai anak saya masih mendoakan kebahagiaan mereka yang telah banyak bekorban melahirkan anaknya yang kini suamiku tercinta. Semoga suatu hari nanti akan ada sinar dan petunjuk yang Allah swt turunkan kepada saya dan mereka. Saudara, doakan keluarga yang kami bina atas dasar Islam terus mendapat redha Allah swt. #ulangtahunperkahwinan

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge