Survival Seorang Inspektor Mama

Assalamualaikum, apa khabar? Mesti ibu ibu sedang merancang untuk keluar berjalan-jalan dengan anak-anak kan?

Kami pula lain ceritanya. Seawal pagi lagi dah bangun masak nasi dan persiapkan bekal untuk ke pejabat.

Kalau nak persiapkan semua orang mengambil masa yang lama, jadi pilihan yang ada adalah angkat dan bawa terus mereka ke pejabat.

Dalam keadaan mengantuk dan tidak sedar pun lagi, kena gagahi juga perjalanan sebagai anak-anak polis.

Minggu ini abah mereka juga ada kerjaya yang harus diselesaikan. Manakala pembantu upahan pun tiada. Biasalah masing-masing ada kerja menunggu di hujung minggu.

Ada juga kenduri kendara yang perlu dihadiri. Ummi akur dengan ketentuan Allah swt. Perjalanan kerjaya sebegini ada kala menyeronokkan.

Cuba ibu-ibu bapa perkongsian rakan-rakan Ummi. Bagi mereka yang pernah lalui kehidupan yang sama seperti anak-anak Ummi, diakhirnya mereka rasa bangga. Dan syukur dengan ketabahan semasa kecil, ada yang menjadi guru dan sebagainya.

Link : Pengalaman Kawan-kawan “survived” satu ketika dahulu

Ummi juga membekalkan catur dan dam aji untuk anak-anak bermain. Tidak kira menang atau kalah, yang pasti ‘umpan’ ini pasti mengena membuatkan depa leka dan lalai.

Makanan pula, siap sedia dengan secukupnya. Alhamdulillah, masak nasi ayam yang simple pun dah cukup menggembirakan perut yang kelaparan di pejabat Ummi.

Okay setakat ini perkongsian Ummi. Harap dunia dan bangunan ini tidak gegar dengan bunyi riuh rendah anak-anak kesayangan Ummi.

Tiba masanya dalam jam 1230tengahari, kita bagi masa untuk mereka rehat dan tidur. Yehaaa… selamat bercuti semua. Bye.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge