Konvokesyen di USM Penang, bawa kami lokasi makan pasembor best!

Assalamualaikum, hi semua apa khabar? Ehm, cuti sekolah bakal tiba mesti ramai tengah cari lokasi menarik untuk bercuti kan. Kami sekeluarga pula tahun ini dah bercuti awal. Kebetulan tahun ini suami ada majlis konvokesyen di USM Penang bagi Istiadat Konvokesyen ke 55.

Ummi ini jenis kena prepare awal. Bukan sahaja kelengkapan malah tempat tidur dan juga senarai tempat makan. Hasil daripada pengalaman dulu tahu lah juga sikit-sikit berkaitan dengan Penang. Cuma sekarnag ini Penang pun dah banyak berubah. Banyak tempat menarik yang zaman Ummi kerja di Penang tiada. Kiranya semakin maju dan menarik sebenarnya untuk kesana.

Mencari lokasi penginapan:

Ibu-ibu mesti seperti Ummi, bila kita travel dengan anak ini lokasi penginapan mestilah yang menjadi perkara penting dalam senarai keperluan. Jadi Ummi menggunakan app Traveloka untuk usha masa/tarikh dan kekosongan bilik. Nak tahu di mana lokasi yang menjadi pilihan Ummi?

Ini gambaran Anggerik Lodging. Selesa dan sangat rasa kekampungan. Seronok dan rasa macam duduk di rumah sendiri. Kami dapat bilik yang dibawah. Mudah sangat untuk urusan angkat barang dan anak-anak. Kiranya lokasi di sini amat mesra untuk keluarga.

Tahun 2012, Ummi pernah stay di Anggerik Lodging selama hampir 2 minggu ketika kursus intensif di USM. Jadi hasil carian Ummi, disini jugalah yang sesuai untuk kami berteduh dan berehat. Lokasinya juga tidak jauh daripada USM. Kiranya amat mudah untuk pergerakkan pergi dan balik ke USM pada hari konvokesyen.

Ummi dapat harga bilik dalam RM120.00 satu malam untuk 1 katil double decker dan juga 1 katil queen. Kira okay sangat dengan harganya. Nak tumpang bermalam untuk hilangkan penat sahaja.

Pada masa yang sama, usha juga kemana nak bawa anak-anak berjalan. Yer la, masa agak suntuk dan kena planning betul-betul. Ummi jumpa pages  Penang travel guide . Yang mana ada pelbagai info yang terkini .

Lagi satu perangai Ummi, bila dah jumpa pages menarik mesti set as favoutire. Bukan apa nanti senang nak search semula.

Perjalanan hari pertama ke Penang.

Kami bertolak pada 30 Oktober 2017 pada hari Isnin. Awal pagi lagi dah bersiap sedia dengan barang kelengkapan semua di packing dengan kemas. Barang yang Ummi kena pastikan ada adalah jubbah konvo suami. Kalau ini yang tertinggal mau mengamuk! Dah tu ke sana sia-sia sahaja.

 

Perjalanan kami seperti biasa dengan menaiki kereta. Kami bertolak dari Kuala Lumpur dalam jam 7 pagi dan sampai ke sana dalam 5 lebih. Kira lambat juga dengan jalan yang sikit sesak dan juga hujan lebat. Kami menggunakan jambatan lama, sebab dah biasa. Tak biasa lagi menggunakan jambatan kedua, maybe next time la.

Sampai di Penang, apa lagi kan Penang terkenal dengan nasi kandar. Kami semua pula yang perut jenis minta nasi. Jadi kami memilih nasi kandar Subaidah yang terletak area Tesco Sungai Nibong. Pada malam mini ada raptai bagi penerima scroll, jadi suami terlibat. Tak boleh la pergi jauh-jauh.

Selesai solat maghrib di masjid USM, kami berjalan-jalan di sekitar pesta Konvo USM. Memang best. Sempat juga shopping tshirt untuk anak-anak seorang sehelai.

Korang kalau nak ke Penang, kalau datang pada bulan Oktober/ November yang mana bulan itu ada pesta konvo wajib singgah. Macam-macam barang ada dijual. Batik Terengganu yang original pun ada. Pulak tu dijual dengan harga yang murah. Berbaloi juga berbelanja disini.

Pampers jatuh atas kepala graduan!

Punyalah penat, ingatkan sekejap sahaja. Rupanya lama juga raptai malam itu. Ummi bawa anak-anak naik ke ruangan atas dalam dewan. Korang dah la waktu tu hujan, Ummi tiada pilihan lain selain gunakan pampers untuk menutup kepala anak-anak.

Nak dijadikan cerita, Adik Zakkir tak semena-mena boleh baling pampers dia kebawah! Hahahaha gelak semua orang yang berada kat situ ketika itu. Adoii, agaknya jatuh atas kepala siapalah yer! Kenangan betul kalau dengan anak kecil ini.

Malam itu selepas raptai kami terus gerak balik ke Perlis untuk ambil mak bersama-sama meraikan konvokesyen suami.

Ke Penang dengan menggunakan Feri

Korang, salah satu tarikkan Penang adalah dengan menaiki Feri. Yer la, Ummi pun suka. Selain dapat menikmati suasana kita sebenarnya sedang memberikan satu pengalaman indah untuk anak-anak kita. Mungkin masa depan tiada lagi Perkhidmatan Feri. Jadi apa salahnya bawa anak-anak merasa naik feri kan?

Selain feri ada lagi beberapa kemudahan awam yang ada untuk korang gunakan. Pilihlah yang mana sesuai. Seminggu sebelum konvo, suami dah  pergi ke Penang dengan menggunakan bas. Katanya selesa juga dan cepat. Korang boleh pilih untuk turun di Sg Nibong atau di Butterworth untuk ke Penang.

Kami sampai sahaja ke Penang, terus kami check ini ke Anggerik Lodging seperti yang dah Ummi booking menggunakan apps Traveloka. Harga berbaloi dan sampai sahaja di sana, terus ke pejabat yang disediakan. Nama kita dah siap ada dalam list reservation.

Selesai sahaja booking kami rehat seketika dan apa lagi buka sekali lagi Penang Travel Guide yang Ummi dah setkan favourite tadi. Hasil bacaan daripada blog Ayujean  Ummi pilih untuk kesana. Yer la godaan besar tu tengok gambar yang Ayue share.

Makan Pasembor di Padang Kota Lama

Sekali sebelum kesana kami pilih untuk mengisi perut di Padang Kota Lama. Dah lama kepingin amat untuk makan pasembor Penang ini. Last makan beberapa tahun lepas masa tu awah ayah pun ada lagi. Kalau tak silap 2014.

Serius  makan disini feelnya amat berbeza. Rasa rojaknya tak samalah dengan yang ada di Kuala Lumpur. Mungkin di Penang ini ada secret resipi yang tidak orang lain pelajari lagi. Makan disini dengan suasana angin bayu meniup sepoi sepoi bahasa, sangat mendamaikan suasana.

Along pula dengan tok dia pilih untuk makan Mee Udang. Ummi rasa jugalah sikit, memang marvellous! Rasa manis udang tu yang mahal.

Ingat nak order lagi makanan disini, tapi Ummi juga dah pesan sotong kangkung kegemaran Ummi. Rasanya tak dapat diatasi. Hahaha Ummi masak pun tak jadi begini. So, nak makan lagi kena lah mai Penang kan.

Ada lagi tau tempat menarik di Penang ini. Kornag boleh juga ke rumah terbalik yang terletak area Batu Feringgi dan jugaToys Museum. Korang boleh baca experience Ummi ke Penang sebelum ini di bawah.

Bercuti sekitar Batu Feringgi 

Untuk tempahan Hotel Korang boleh baca disini :

Cara mudah booking hotel 

So, korang jomlah kita ke Penang. Kami dah sampai kesana dan berhajat ingin kesana lagi. Korang boleh check disini untuk pelbagai info graphic keindahan Malaysia  

Okay, setakat ini dahlu. Selamat bercuti

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge