Majlis Perkahwinan YM Insp Raja Mahadi

Assalamualaikum semua, apa khabar? Banyak sangat memori indah yang tidak sempat dirakamkan di ruangan blog kesayangan ini.

Walau bagaimanapun kecintaan terhadap blog masih menebal. Cuma kerana ada fokus terhadap sesuatu tugasan,maka ada perkara yang harus dikecilkan fokus.

Beberapa minggu lalu, dapat wassap personal daripada YM Insp Raja Mahadi untuk Majlis Perkhawinan beliau. Cuma ketika di tanya akan hadir dengan siapa, walaupun sebenarnya invitation ini untuk pasangan Ummi dah tahu suami mesti tak dapat ikut serta.

Tibalah tarikh yang dijanjikan. Pagi hari Ahad 12/11/2017, terpikir siapakah calon sesuai yang akan diajak ke majlis ini. Calon tersebut mestilah punya masa dan tidak juga mengharap kepada sahabat yang ada waktu yang terhad. Yer la,kita ini kena faham ramai orang ada banyak tanggungjawab luar waktu kerja atau malam. Dan masa dengan keluarga juga amat penting. Syukur sahabat Kelab Blogger Ben Ashaari, Shehan daripad www.shehanstudioz.com ada kelapangan untuk hadir bersama.

Bila majlis kenduri atau apa juga majlis yang melibatkan isteri-isteri pegawai dan staff mestilah jadi seakan group atau Perkep berjumpa. Apa lagi, ada sahaja topik yang tidak pernah habis dibicara. Seronok, cuma semalam kami tak berapa meriah.Yerla di majlis kahwin kan. hahahha

Ini pula cenderahati daripada pengantin. Terima kasih Ym dan isteri serta keluarga. Owh ya lokasi majlis ini diadakan di Dewan Perdana Felda. Siapa yang pernah datang kesini, pasti teruja sangat. tambahan lagi bukn sahaja makanan daripada Catering DSaji sendiri amat sedap, malah hiasan dewan juga memukau mata memandang.

Pengarah JSPT SAC SHARUL OTHMAN BIN MANSOR dan isteri juga hadir bersama bagi meraikan pengantin. Yang istimewa majlis ini dihadiri Anakanda DYMM Yg di Pertua Negeri Sembilan.

Kelakar Shehan, katanya kali pertama duduk dengan polis-polis ini. Dengar tajuk oun semua bab polis Hahaha redha jer la okay. Shehan teruja melihat pegawai-pegawai pokis yang segak bergaya. eh, bertuah tau, sebab tak semua orang akan direzekikan hadir dalam majlis penuh istiadat ini.

Ini saat yang sangat mengimbau kenangan. Ummi sendiri teruja masa sessi potong kek. Saat diberikan penghormatan dalam istiadat ini, kami sendiri semasa menjadi pengantin merasai satu aura yang sangat tidak dapat dilupakan.

Selesai sessi potong kek semu maka berakhirlah majlis pada malam tersebut. Seronok sesekali hadir dalam majlis perkahwinan pegawai polis ini. Sebab adat itu yang membuatkan diri ini terasa sangat teruja dan mengimbau saat itu 8 tahun lalu memang sungguh mengasikkan.

Okaylah, oleh sebab tidak banyak gambat yang ada. Di bawah ini ada video youtube untuk tontonan sahabat semua.

Majlis Perkahwinan Pegawai Polis

Syukur, jam 10malam semua bersurai. selain itu, sepanjang malam Ummi tidak dihubungi oleh suami. Bermakna suasana dalam rumah masih terkawal. Amin. Akhir sekali, tahniah sekali lagi kepada YM INSP RAJA MAHADI DAN ISTERI.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge