• Kisah Cuti/Travel,  Umminani

    Konvokesyen di USM Penang, bawa kami lokasi makan pasembor best!

    Assalamualaikum, hi semua apa khabar? Ehm, cuti sekolah bakal tiba mesti ramai tengah cari lokasi menarik untuk bercuti kan. Kami sekeluarga pula tahun ini dah bercuti awal. Kebetulan tahun ini suami ada majlis konvokesyen di USM Penang bagi Istiadat Konvokesyen ke 55. Ummi ini jenis kena prepare awal. Bukan sahaja kelengkapan malah tempat tidur dan juga senarai tempat makan. Hasil daripada pengalaman dulu tahu lah juga sikit-sikit berkaitan dengan Penang. Cuma sekarnag ini Penang pun dah banyak berubah. Banyak tempat menarik yang zaman Ummi kerja di Penang tiada. Kiranya semakin maju dan menarik sebenarnya untuk kesana. Mencari lokasi penginapan: Ibu-ibu mesti seperti Ummi, bila kita travel dengan anak ini lokasi…