Mama Octopus!

Ada ketika, saya seperti ‘octopus’. Tahukah saudara octopus atau dikenali sebagai gurita dikatakan mempunyai tahap kecerdasan yang sangat tinggi. Sekali lagi saya ingin bertanya saudara, pernahkan saudara melihat gambaran bagaimana seorang ibu sebagai ‘octopus’ melakukan aktiviti? Cuba bayangkan, octopus mempunyai bilangan kaki yang banyak. Begitulah apabila saya bayangkan diri saya seharian. Saya yakin dan percaya ada saudara pembaca melalui kehidupan seakan sama. Bangun seawal pagi, ketika seisi rumah masih lena diulit mimpi. Ketika itu semua tugasan di rumah perlu diselesaikan segera. Bermulalah hari demi hari dengan aktiviti memasak, menyidai kain, siapakan anak kesekolah dan menguruskan diri sendiri untuk kepejabat. Selesai tugasan di rumah, saudara dan saya ada yang menghantar anak sekolah. Tiba pula di pejabat, belum selesai satu tugasan sampai pula fail baru yang harus diselesaikan tugasnya. Inilah rahsia Allah swt. Walaupun kita bekerja dan menguruskan anak yang ramai dan tanpa memiliki pembantu rumah, sebenarnya Allah swt sedang mengaturkan sebuah perjalanan yang sangat indah. 😍KADANGKALA KITA RASA PAYAH, NAMUN DISEBALIK KEPAYAHAN ITU SEBENARNYA ADA MANISNYA. IANYA ADA DISEBALIK TIRAI HIKMAH YANG LEBIH BERMAKNA😍

Comments

  1. IQ aka Izyan Balqis

    semalam cuti deepavali, dalam kepala bangun pagi pikir nak masak apa untuk sarapan, lepas tu decide buat cekodok, tengah goreng cekodok, pergi tanggalkan cadar katil, rendam kain, sental sinki berkarat. hanya dalam tempoh menggoreng cekodok. rasa macam supermom plak.

    seorang mak memang digelar supermom sebab semua benda dia buat, dalam satu2 tempoh masa, kan kak UN?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge