Jom bawa anak ke Kids Eco Dash Di Taman Eco Bukit Nenas

Assalamualaikum, apa khabar ibu-ibu. Anak-anak korang ada bersoal jawab kemana nak pergi tak kalau tiba hari Jumaat? Biasa bukan kita mak-mak jer yang pening kepala , malah lagi bertambah sibuk bila anak dah pandai bersoal jawab. “Ummi, jom pergi main bola?” “Ibu jom kita pergi tengok ikan”. Dan macam-macam lagi la ajakan mereka. Korang, ini Ummi nak share tentang Kids Eco Dash. Mungkin aktiviti ini boleh membahagiakan hujug minggu anak-anak.

Salah satu aktiviti hujung minggu kami adalah ” AKTIVITI GROUNDING”.. ianya salah satu aktiviti untuk buang cas negatif daripada tubuh. Bawa keempat-empat berjalan, mak mesti tabah. Ada sahaja yang tak kena dihati. Its okay, ini yang memeriahkan hidup dan masam manis berkeluarga

Kids Eco Dash 2.0 2017

Program ini adalah anjuran  Kementerian Perlancongan Dan Kebudayaan Malaysia untuk menggalakkan anak-anak meyertai dan mencintai aktiviti sukan dan pada masa yang sama ingin menggalakkan anak-anak mencintai keindahan alam sekitar

“The Kids Eco Dash is a KIDS ONLY fun run event supported by Ministry of Tourism and Culture Malaysia to encourage young children to do outdoor activities and appreciate natural surrounding.”

Perlumbaan ini ada 3 kategori iaitu :

Bagi Ummi acara ini boleh disertai seisi keluarga . Namun begitulah mestilah mengikut ketetapan umur. Jadi , bagi mereka yang ada anak lebih kurang usia 4-12 tahun, bolehlah mendaftarkan anak-anak mengikut kategori masing-masing.

Caterpillar : untuk 4 – 6 tahun (Ikutkan Angah boleh join kategori ini)

Rabbit : untuk 7 – 9 tahun (Ini pula kategori Along)

Tiger : untuk 10 – 12 tahun

Yuran Pendaftaran : Rm35

Korang hanya perlu mendaftar secara online di pautan ini  :Pautan Pendaftaran : Pendaftaran Kids Eco Dash  Untuk sebarang updet dan pengumuman boleh di akses di facebook : Kids Eco Dash Setiap pendaftaran yang berjaya jangan lupa untuk collect Kit Race pada 22 Oktober 2017 bertempat di Matic Jalan Ampang mulai pukul 11.00pagi hingga 10.00malam.

Aktiviti Lain  :

Selain daripada aktiviti di atas ada pelbagai altiviti lain disediakan antaranya adalah:

1. Garden Experience
2. Recycling Games
3. Tourism Malaysia Eco House
4. Kids Craft
5. Petting Zoo

Kalau masih ada masa untuk berjalan-jalan dan anak-anak masih bersemangat boleh juga melawat ke  Mini Zoo Menara KL.Kami pun excited  sertai, ingatkan hujung minggu ini, rupanya minggu depan. Apakan daya tak ada rezeki anak-anak untuk sertai acara ini yang pastinya menarik. Bagi ibu-ibu yang free dan ada kelapangan boleh la kesana.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge