• Masam Manis "Life"

    Mama Octopus!

    Ada ketika, saya seperti ‘octopus’. Tahukah saudara octopus atau dikenali sebagai gurita dikatakan mempunyai tahap kecerdasan yang sangat tinggi. Sekali lagi saya ingin bertanya saudara, pernahkan saudara melihat gambaran bagaimana seorang ibu sebagai ‘octopus’ melakukan aktiviti? Cuba bayangkan, octopus mempunyai bilangan kaki yang banyak. Begitulah apabila saya bayangkan diri saya seharian. Saya yakin dan percaya ada saudara pembaca melalui kehidupan seakan sama. Bangun seawal pagi, ketika seisi rumah masih lena diulit mimpi. Ketika itu semua tugasan di rumah perlu diselesaikan segera. Bermulalah hari demi hari dengan aktiviti memasak, menyidai kain, siapakan anak kesekolah dan menguruskan diri sendiri untuk kepejabat. Selesai tugasan di rumah, saudara dan saya ada yang menghantar anak…