Dhuha, Aku, Kerjaya Dan Keluarga

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah swt yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Semoga penulisan ini mendatangkan kebaikkan, pelajaran dan sebagai ingatan untuk diri sendiri juga. Izinkan Ummi menukis menggunakan bahasa ganti diri “aku”.

Stress, tak cukup masa dan penat tak lari daripada kehidupan aku sebagai manusia biasa. Malah sebagai wanita yang bekerja dan berkeluarga aku ada banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Ada masanya aku bagaikan hilang punca, hilang tujuan apa ertinya kerjaya. Malah sampai satu tahap aku buntu memikirkan keluarga, diri dan kerjaya.

Masa rasa tak cukup. Rehat langsung taka da. Tambahan pula pada tahun 2010 baru berkeluarga serta perlu menjalani kehidupan berkeluarga secara jarak jauh dengan suami yang ketika itu bertugas di Kulim Kedah.

Rezeki kami di permudahkan , bila 2011 suami dapat bertukar ke Kuala Lumpur. Namun begitu, pelangi yang diidamkan tidak juga muncul. Walaupun ketika itu baru memilik seorang anak, ada sahaja masalah kewangan dan tak lari daripada masalah keluarga terutama dengan suami. Bertengkar, bergaduh dah macam lumrah!

Sehinggalah pada tahun 2013, selepas melahirkan anak ke dua, aku mengambil keputusan untuk bercuti tanpa gaji. Kononnya ingin memulakan perniagaan. Berani mengambil risiko dengan permohonan cuti tanpa gaji selama 2 tahun.

Yer, aku menjalankan perniagaan. Namun, masalah menimpa bertubi-tubi. Ada bibik , ada juga masalah. Anak dibiarkan dengan bibik. Masa rasa tak cukup! Yes, tapi….

Pada tahun 2013, itu juga aku mula berubah setelah belajar dan mendalami ilmu agama. Mendalami sikit ilmu, kami suami isteri cuba praktiskan. Ya, itu lah salah satunya Dhuha. 2013, baru kenal erti, pengertian dan apa sebenarnya Dhuha.

Tapi, saat itu aku dan suami melakukan dhuha , tapi masih ada khilaf kami . Kami buat , tapi kerana ilmu yang cetek laksanakan perbuatan tanpa penghayatan. Perlakuan ada, tapi masih tiada meresap ke jiwa. Mungkin saat itu , melakukan dhuha demi inginkan kekayaan. Subhanallah ! Berdosanya aku.

Tapi, saat itu tiada kesedaran dijiwa. 2015, aku membuat keputusan untuk bangun semula daripada kejatuhan 2014. Yer, ada kejatuhan yang tak ramai orang tahu disaat itu.

2015 aku melapor diri semula ke pejabat sebagai pegawai polis. Tapi, ilmu dan amalan dhuha akan laksanakan tanpa ada ragu. Kali ini berbeza. Aku berdhuha kerana ingin syukur, ingin melaksanakan dhuha. Tiada tujuan kaya disaat ini kerna aku hanya sedar, tiada perniagaan disini. Di pejabat ini hanya ada bos, pegawai atasan dan kerjaya hakiki.

Tugasan harian aku laksanakan seperti sediakala. Semuanya mudah, senang sampaikan satu  masa aku berkata pada suami “B, bosanlah kerjha, sampai ada masa tu tak ada kerja nak buat. Masa lapang banyak sangat!”. Ini bagaikan rungutan orang yang tidak bersyukur.

Dan tahun 2017, duduk bersembang dengan teman hidup  yang di cintai. Mulanya berkenaan topik kenaikkan pangkat. “Susahnya nak naik pangkat, interview dah pergi, tapi tak dapat!” “Ni nak tunggu berapa lama? 15 tahun? 20tahun baru nak naik pangkat ke? –Kata-kata suami buat Ummi tersentap.

Tapi, tiba-tiba Allah turunkan hidayah ketenangan kepada kami. Terpacul keluar dari mulut aku “B, sedar tak, yang kita ni kerja mudah sangat. Ikut masa pejabat macam biasa.” Kiranya tugasan kami tak perlukan masa yang banyak. Malah suami pula kerjanya  dalam seminggu dua kali kerja 24 jam dan lain-lain hari adalah hari  “off”. Bayangkan sebulan hanya 8 hari bekerja. Mudah ke mudah?

Sedar tentang itu, aku pula terpikir akan kerjaya aku , “ B, sayang rasa sayang pun sama. Kerja sangat mudah, pagi-pagi sempat dhuha dan baca al-quran. Mesyuarat bermula jam 9 pagi, dan masa lain setelah habis tugasan sayang dapat baca quran dapat buat tugasan lain…” Sedangkan, ada kawan aku yang 24 jam macam tak cukup tangan bekerja, Ya boss nampak kawan aku bekerja, tapi pada masa yang sama, rezeki Allah swt sebenarnya dengan aku

Kenapa aku berpikiran begitu, cuba bayangkan, aku masih sempat dhuha, baca quran dan tugasan aku amat mudah. Bila masanya perlu urusan anak, aku boleh pergi tanpa ada halangan.

“B, yes! Ini lah rezeki kita. B sedarkan , bukan pangkat Allah swt sedang bagi pada kita, tapi masa. Masa yang tak semua orang dapat dan masa ini takkan dapat di ulang. Kita ada masa dengan keluarga, dengan anak-anak!”

“Betul juga tu sayang, b dapat hantar anak pergi dan balik sekolah sendiri. Ramai orang nak apa kita ada, tapi tak semua ada apa yang kita sedang dapat”. – Kata suami.

Ya Allah , sejak itu, kami jadi lebih bersyukur.Kami sedar kami sebelum ini banyak menyalahkan takdir kerana lupa akan rezeki lain yang Allah swt sedang aturkan. Mana tidak, kami ada masa, kami ada rezeki kewangan yang cukup , kami ada anak yang cerdik , anak-anak yang sihat. Tapi akibat peredaran masa, akibat daripada faktor berkawan, kami lupa nak pikirkan apa yang Allah swt aturkan pada kami.

Mulai saat itulah , kami jadi lebih bersyukur, kami redha dengan rezeki kami sekarang. Kami sedar, bukan pangkat buat kami bahagia. Tapi ketentuan Allah swt tu dah cukup.

Mula saat kami sedar, apa yang kami dapat hari ini adalah daripada konsistennya kami berdhuha walaupun pada saat itu kami tak faham. Tapi, akhirnya sedar bahawa Allah swtr berikan kami kecukupan yang semua orang inginkan.

Kami miliki apa yang kami hajatkan, kami ada masa dengan keluarga, ada masa beriadah, ada masa bercuti, ada tempat tinggal yang selesa, ada kereta , ada anak-anak yang celik minda sihat tubuh badan. Ya Allah, apa lagi nikmat nak kami dustakan.

Sebenarnya, bila Allah swt uji kami dengan berikan kami pangkat yang lambat dalam PDRM, dari situlah sebenarnya Allah swt nak bagi kami sedar, bahawa bukan itu kebahagiaan.

Ada orang dapat pangkat, tapi hidupnya lupa solat. Ada orang yang di berikan pangkat tapi lupa dengan masih lakukan maksiat dan dosa. Ada orang ada pangkat , tapi lupa ibu bapa.

Ada orang ada pangkat, minum arak, berjudi. Ada orang Allah swt uji dengan sakit dengan anak-anak yang bermasalah. Tapi kami pangkat didunia kecil, tapi Allah bagi kami rezeki bakal ustaz-ustaz dan ustazah yang perlukan didikan kami demi membela agama kemudian hari.

Syukur Ya Allah. Syukur Alhamdulillah atas nikmat ini.

Banyak lagi pengalaman nak aku kongsikan dalam hidup ini, tunggu demi masa sesungguhnya akan tiba satu masa yang akan tertulis semuanya.

Jadi, pengajaran daripada apa kami lalui adalah bersyukur atas apa yang Allah swt berikan. Lakukan dhuha secara konsisten, dan buat dahulu, rasai nikmatnya bila kita dah laksanakan ia. Buat sesuatu bukan kerana inginkan ganjaran.

Yakini, setiap apa Allah swt beri pada kita adalah sebaik-baik rezeki. Wallahualam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge