• Umminani

    Dhuha, Aku, Kerjaya Dan Keluarga

    Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah swt yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Semoga penulisan ini mendatangkan kebaikkan, pelajaran dan sebagai ingatan untuk diri sendiri juga. Izinkan Ummi menukis menggunakan bahasa ganti diri “aku”. Stress, tak cukup masa dan penat tak lari daripada kehidupan aku sebagai manusia biasa. Malah sebagai wanita yang bekerja dan berkeluarga aku ada banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Ada masanya aku bagaikan hilang punca, hilang tujuan apa ertinya kerjaya. Malah sampai satu tahap aku buntu memikirkan keluarga, diri dan kerjaya. Masa rasa tak cukup. Rehat langsung taka da. Tambahan pula pada tahun 2010 baru berkeluarga serta perlu menjalani kehidupan berkeluarga secara jarak jauh dengan suami yang ketika itu…