Serba tak kena, buat aku mereng sepagi

Hari ini anak 1st day exam. Tok laki pula kerja malam, jam 9am baru habis shift. jadinya, Semenyih- Beranang-KL makan masa 2jam atas jalan dengan menaiki kereta. Dan serik nak naik motor😧 Sampai 830pagi, nama kena catat oleh JIPS, masa tu ada 2 pilihan, nak lari (masuk.lewat la) atau nak terus masuk pejabat. Memilih untuk terus masuk, nak catat nama silakan. sebab, bukan kehendak, tapi dah terpaksa lalui. Jika esok lusa boss dapat surat ,”yer saya Tuan yang lewat tu.” Sharp jam 9am saya masuk meting seperti biasa. seperti tiada apa yang berlaku. Yakin dan percaya disebalik kesusahan, disebalik Jips ambil nama, mugkin permohonan pertukaran ke lokasi dekat dengan rumah akandipermudahkan. Doakan ya ☺💪👮 Realiti hidup mak bekerjaya dan anak-anak.

Ehm, ni yang Ummi alami pagi tadi, serius bangun dah awal. Siapkan Along dengan nak exam bagai, mujur dah bagi duit sekolah dari malam tadi. Dan Ummi dah masukkan air bekal Along dalam botol siap.  Cuma bila uruskan anak-anak waktu pagi ini mencabar sikit, bangun nak mengeliat la bagai! Kalau ada abah, abah angkat  sorang dua dan rigan sikit tugas Ummi.



Bila bangun Angah dengan kakak, dah nak keluar rumah tu ,boleh nak minta air la pula. Kakak dah tabiat nak keluar jer, nak biskut la pula. Adeh.. pagi-pagi tak gosok gigi , nak makan biskut. Ehm lapar sangat ke apa.. ini kalau bangun on time 625pagi. Kalau si kakak bangun awal, lagi parah.. siap nak mandi. Owh tidak nak oiiii mkaan masa ummi tau. Even 10minit boleh effect kesesakan di jalan raya. Kalau tak dapat mandi mulalah kakak nak berangin nak melalak. Aduiii, yang ada anak kecil ke tau perasaan berpeluh pagi hari tau.

Pagi ni pula renyai-renyai nak keluar rumah. Sebab kereta park kat luar, huh.. peluh weehhh ni semua kes Renovation rumah kali ke dua 2017 – Kos sederhana tapi nampak berbaloi 

Sebab masih tak siap lagi, park kat luar rumah, nak tunggu kakak dengan Angah nak pakai selipar lagii. pening mak! Lagi , ehm memang pening aku pagi ini.. 850 am siap pakai uniform, nak naik lift even 1 tingkt, jangan tanya pasal apa tak naik tangga , jawapan nya malas je. Tapi, naik lift, kat tingkat 20, tekan 20 juga… dah tu tengok lift laju jer ke tingkat 31. Bos lama SAC Rusli tanya ” nak p mana? ” Aduiiii aku salah tekan!.



Nak meting tingkat 21, patut tekan 21 la, masa turun tak sedar diri tekan lift tingkat 20. Ting … ! aik awat tingkat 20? OMG! apasal aku nih.. terus keluar lift, panjat tangga! huh, tak mau mendaki tangga , akhirnya kena naik tangga juga.. apa mereng la pagi ini.. Semua tak kena. Korang doakan esok emosi , jiwa dan kudarat stabil semula okay. hehehehe gelak sehari teringat kegilaan sepanjang hari hari ini.

 

Reader Comments

  1. Lya

    Hahaha ayat mereng tuuu lama tak dengar. Biasa laa nani mak2 berkerjaya kena hadapi semua ni .. al maklum la a ak dah makin ramai..peel.macam2 nak kena hadap kan ..bertabahlah wahai pn nani hehehe..

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge