Umminani

Rahsia kekal bahagia suami isteri dan utuh rumah tangga

Hi, Assalamualaikum , hi korang apa khabar? Ehm, korang yang dah berumah tangga setuju kan kalau Ummi cakap mana ada rumah tangga yang tak ada goyang. Yer la, macam Ummi sendiri nak kata goyang tu tak la, cuma ada masam muka tu normal. Selisih faham , gaduh dan bertengkar tu biasa owh. Tapi , apa rahsia kekal bahagi suami isteri di sebalik kami asyik bertekak?

 



Nanti Ummi share, tapi Ummi nak kongsikan lifestyle Ummi yang bekerja, suami berkerja serta keletah dan gelagat anak-anak yang usianya antara 7 sehingga 1 tahun. Gamat yang amat rumah kalau hari depa semua ada kat rumah. Mana tak nya masing-masing ada karektor masing-masing. Dan sebab akrabnya depa ni, suka mengusik satu sama lain tu yang buat kecoh rumah Ummi. Aduii, kalau keadaan macam ni agaknya mau tak gamat rumah kami!

Melaka Alive Pirates Adventure Melaka tempat anak mainkan imaginasi

Kita pula balik rumah , laki bini kerja balik dalam keadaan yang penat dan mengantuk. Balik rumah terus masuk dapur dan berkejar ambil anak kat rumah pengasuh. Itu lah hari-hari kami lalui . Dan Ummi syukur, suami kerja 1 hari 24jam dan 3 hari off. Jadi , kebanyakkan kerja rumah suami boleh lakukan.

Tapi, bila balik anak-anak, rumah yang dah dibersihkan mula berhabuk, mula lah abah pun nak naik hangin! Dan itu belum kira masa makan, nasi tumpah, kuah tumpah dan air dilantai.. huhuuu sedih weii kalau hari-hari macam ni. Tapi, alhamdulillah kami dapat lalui sehingga hari ini. Apa tips nya?

Rahsia kekal bahagia suami isteri dan utuh rumah tangga

Rahsia kekal bahagia suami isteri dan utuh rumah tangga kami walaupun ribut taufan melanda antara nya  tau apa? بسم الله الرحمن الرحيم  , semoga apa yang dikongsikan ini bawa manfaat. Risau tau, bila menulis ni takut bawa penyakit ain. Tu sebab sebelum nak mula kena minta izin ALLAH swt.

Kami sentiasa dalam mood bercinta. Hehehe serius nampak kelakar, tapi yes its true! Dan sangat bermanfaat. Duduk seketika kat meja, kat katil atau mana-manalah lokasi yang favoutire. Duduk dan termenung! Eh, bukan termenung kosong weh! Pls la, lets do it!

 

Pejamkan mata, dan “throwback” masa zaman bercinta. Sebagai manusia biasa, pernah tak korang bergayut  lama? Bukan kat pokok macam monyet! Tapi kat telefon tu… pernah ka? Ummi pernah.. hehehe itu dosa lalu. dah minta ampun, harap ALLAH ampunkan dosa bergayut

Korang pernah? Ehm, masa bercinta dulu, serius suara manja jer. Bahasa cinta buat kita laloq.. hahaha setuju dak? Kalau tak pernah tu baguih la korang. Ummi mengaku pernah! Masa tu Ummi praktikal kat SLAK Penang, suami senior kat Kuala Muda. Walaupun dah jumpa siang hari, malam tu rasa rindu betul.. pernah alami? Saitan tak salah, nafsu sendiri yang salah.

Ehm, cer pikir, kalau kita pernah rasa bahagia bercinta, why not rasa tu kekal sepanjang hayat kita. Okay, kita maju sikit lepas kahwin.. Nak tinggalkan kekasih halal tu rasa berat jer.. nak peluk nak cium jer sepanjang hari. Eh! Ampun ! hahaha, tapi akibat daripada kesibukkan dan tuntutan hidup, mana nak layan anak  dan penat bekerja kadang kita lupa saat bahagia ini.  Tapi nak bahagia! Betul?

Okay, sebab rasa cinta dulu yang bawa kita rasa bahagia sampai kat office boleh tersenyum sorang-sorang kan..kenapa lepas kahwin kita abaikan rasa tu. Ummi pernah alami saat mana Ummi sendiri rasa lupa , lupa nak bercinta. Yer la penat owh! Penat balik kerja, memandu dan buat kerja rumah. Tapi, Ummi tak biarkan rasa tu buat rumah tangga Ummi juga suram.



Ummi cepat-cepat bangunkan semula perasaan Cinta dan sayang tu. Hahaha suami sampai heran apa la kena dengan bini aku ni..hehehe tapi Ummi keep do it. Ehm, duduk kat office tu wassap “I nak peluk u jer, ehm, tak sabar la nak balik..” Suami reply ” xxxx……………….. “.. rahsia weh!

Serius tau, duduk kat office nak buat kerja pun rasa semangat. Nak menulis pun rasa penuh jiwa , rasa bahagia tau. Tambahan, kalau hari -hari kita buat, tak caya buat dulu.. feel dia lain macam tau. Bila lah feel lain macam tu, kita sah kan! Hahahah suami isteri jer tau.

Tiba-tiba duk tulis youtube auto keluar topic ini.. tarikkan betullah.

Lagi apa nak buat untuk kekal bahagia rumag tangga? Ehm, ingat tak masa mula-mula kahwin rasa nak berkepit jer.. okay, buat la semula selepas terlupa.. hahaha serius ni, Ummi anak 4, masa sempat nak berkepit. Tapi la ni anak yang kecil dah 1 tahun dah ada masa lebih nak berkepit tau. Jadi, nak kuatkan nak utuh rumah tangga kena buat hati bahagia, suami sayang.

Korang jangan gelak pula, ini Ummi nak share jer. Sebab kita orang perempuan ini mudah lupa. Sebab penat , sebab kerenah anak kita jadi malas. Jadi ego, jadi pelupa yang kita sebenar manja, kita nak disayangi, nak suami disisi. Kita sama-sama buang ego, kita dekatkan diri kita dengan suami macam zaman bercinta, serius rasa sendiri lah macamna changes dalam keluarga. 

Biarlah anak pandang jer, apa salah kan.. semoga kita jadi contoh kepada anak-anak. Dan bila kita kekalkan rasa tu, peluang suami nak buat macam-macam kat luar tu terbatas, kan? Ehm, bukan kongkong tapi biarlah rumah tangga yang kita bina bukan untuk sehari dua, tapi untuk speanjang hayat dan doakan kita laki bini jumpa lagi di syurga kelak.

Ringkasnya :

Solat jemaah sebanyak mungkin

Sentiasa peluk cium suami

Wasap emotion bercinta, seperti love, roses dll

Kata-kata cinta “I love you”

Salam dan cium suami

Berkepit jer, biarlah masa menonton atau masa dalam kereta, selagi boleh dan tak bahaya

Pegang tangan biar berpimpin tangan, kalau anak  ada, biar genggam seketika pun dah okay kan?

Ambil cuti dan pergi “outing sama-sama ” tanpa anak

Ini tips kami lakukan, mungkin korang boleh cuba. Doakan bahagia kita selamanya hanya kerana Allah swt. Bagi yang baca blog ini hari ini.. hahaha entah apa-apa kan Ummi hari ini.. hehehe tulah nak bagitau , I in love.. hehehe bye

 

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *