Merenung diri, refleks diri

Bismillah.

Ya Allah syukur hari ni ada kesempatan Allah swt beri, untuk duduk tenang, berfikir dan reflects diri. Sambil melayan Facebook , dengar ceramah Prof Dr Muhaya. Lama tak ada masa. Ke sebenarnya tak cari masa? Ehmmm.. semua tu sebab Allah tak izinkan.

Antara intipati ceramah dan live Prof Dr Muhaya:

Ada masalah ambil wuduk tanya Allah.
Our strenght dtg drp keimanan kita.
Our belive system.Bila ada masalah 😆😅😆,apa patut aku buat utk dapat bantuan Allah.
Masalah bukan masalah , masalah bila tak dapat pertolongan Allah swt.
Banyak sedekah, solat, minta drp allah ,jauhkan maksiat dan banyak taubat dan niat nak tolong orang. – Prof Dr Muhaya

Be a good giver.
Perbetulkan niat dalam sesuatu urusan. Letakkan Allah No.1
Jangan merasa diri berjasa.

Kualiti hidup daripada kualiti hati.
Punca bhgia dn tenang bila memberi.
Givers gain.

Mulakan dengn al fatihah atas urusan kerja.
Allah, Rasul ,suami dan ibu.
Minta suami doa, jgn bergantung kepandaian kita sahaja, tapi yakin dgn pemberian Allah swt minta doa tubuh badan dn anggota kita memberikan bantuan.

Drp – Prof Dr Muhaya

Ya Allah, terkesan sangat. Dah lama tak join kelas ilmu, kelas agama hati jadi sempit. Hidup dah macam kebanyakkan orang biasa. Berdosanya aku. Nak kembali pada zaman kegemilangan, business mencanak. Kerjaya tenang. Sebab masa tu lepas balik daripada Imkk, banyak perubahan.

Bila lama tak refresh, jadi lupa. Aduh! Menyesal. Tapi redha la, Allah bagi ujian sikit sahaja, sebab dia nak ketuk hati ni kembali pada dia.

Teringat masa tu, 2013, seminggu solat malam boleh kata tiap malam, atau penat pun akan cuba sebaik mungkin sekurangnya 5 kali seminggu. Bila period, rasa rugi yang amat masa tu.

Masa tu,  dua tahun hidup masih dalam masalah, tapi cool. Dan semua settle dengan baik. Selawat , zikir jadi sebutan. Sekarang pun ya, tapindah tak macam dulu, seribu kali sehari. Kadang lebih lagi nak kejar berkat selawat dan istifar.

Jauhnya terpesong, bukan apa mungkin sebab lalai. Tahun 2013-2014, pendapatan harap pada business, maknanya bila business pengharapan pada Allah swt yang gerakkan hato customers. Tapi..

Bila naik kerja, macam lupa yang rezeki hakiki tu Allah bagi. Bukan Goverment bagi. Sebab setiap bulan rasa cukup, makan pakai bil semua cukup,jadi lupa perkara yang boleh dilakukan untuk dekat dengan Allah swt.

Lupa nak minta, lupa nak bersungguh kembali kepada DIA. MasyaAllah Alpa nya aku. “Apa aku cari ni sebenarnya?”

Bila teringat saat kegemilangan, hidup mewah , kereta mewah ada rezeki banyak rasa rindu. Sekarang masih mewah, tapi hati lebih rasa bahagia dengan mengingatkan saat tersebut. Rasa rindu, rasa nak patah balik.

Belum terlambat. Malam ni, aku scroll semula facebook rakan-rakan yang aku follow masa 2013-2014 , banyak ilmu banyak pelajaran.

Sekarang cirle aku? ehm, hish kena bedak siasat ni. Serius, yer la kalau hari-hari melayan perkara tak berfaedah, dah buang masa disitu. Facebook pula, banyak pula tengok yang orang mengajar make up. Aduh, terdetik kat hati “aku biarkan timeline lalu, aku tunggu , tengok?” “hish ni bukan aku!” “Aku control apa aku baca, apa aku tonton!”.

Maka, malam ni timeline mana yang rasa bukan bidang yang aku cari, nasiblah terunfriend dan terunfollow. huh! Banyak sangat benda laro masuk kepala rupanya!

Siapa kita 5 tahun akan datang?

Hari ni aku tengok balik dream board yang dibuat satu masa lalu. Yes! Aku achieve almost 70%. Yang buat tak achieve tu sebab dosa aku!Kalai korang rasa benda sama, cuba throwback 5years before , dan buat dream board 5 years in future.

Jom sama-sama kita betulkan aligment hidup.Kembali hidup bertuhan, bukan sekadar solat dan puasa, tapi kefahaman lebih daripada tu. semua tu perlu berguru.

Aura Bocor?

Ehm, benda terjadi tak perasan! ada masa kira nak marah anak jer. Suami cakap ada jer tak betul. Ehm, salah sendiri tak sedar. Duduk pejam mata, teringat balik masa kelas E hati Diyana Tahir , menangis weh!

Sebenarnya diri aku yang stress. stress bukan benda besar, tapi benda atau perkara-perkara kecil. Tu tak bersyukur la tu. Malam ni bari sedar. “I am me!” aku nak diri aku semula. Aku nak “kakcik” comeback. Aku nak”Umminani” comeback. She beautiful. She  is nice. She is powerful!

Apa aku nak sebenarnya, apa aku kejar? Tak ada fokus! Semua berlalu ikut masa begitu jer! Lalai! Ruginya aku!

Now i want to come back. I want to be Umminani, real i. Smile, nice , hardworking dan extra care. Umminani dulu tak harap nak baik dengan manusia baru dapat sales, tak harap bodek baru dapat rezeki. No! Dan now, she will come back!

Doakan , kedatangan hambamu yang baru ini akan bagi sinar baru pada keluarga yang paling penting. Sinar bahagia. Sinar kejayaan dan sinar untuk berada di saf yang betul kembali. Berdosa nya aku! Kejar dunia, dunia lari, kejar akhirat dan redha suami, aku pasti dapat apa yang aku impikan dengan mudah.

“I am me!” Doakan.

Comments

  1. Lya

    Terharu baca entri nani.. terasa kerdil diri ini sellau lalai dalam mengingatiNya..Bila senang sikit terkadang lupa padaNya..lupa sikit nak bersyukur .. tapi bila susah teringat padaNya.. semoga kita di beri hidayah dan petunjuk ke arah yang lebih baik..Masih lagi mencari sinar kebahagiaan yang sebenar..Tq nani sudi sharing.. sama2 kita perbetulkan diri kita jadi insan yang bersyukur dan sentiasa ingat Allah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge