Keputusannya yang ditunggu-tunggu adalah

Semalam kan ada update pasal permohonan tukar.. ehm, dah la mood semalam kelaut, ada pula hal-hal yang tak diingini.Maka bertambah ke dasar laut lah!! Sebab bosan yang amat, bagitau Mr Suami,” i nak rehat, please ya, i tak nak diganggu”.

Serius, adoii ni bukan main-main,memang ke dasar laut sungguh malam tadi. Jadi, daripada gunung berapi dasar laut meletus, jadi tsunami baik aku rehat jer. Ajak si kecik dengan Along naik atas, lena!

Kakak dengan Angah, ikut abah. Mujur abah ada, kalau tak ada lagilah pressssure jer rasanya.

Owh ya, sambung balik hal pertukaran. Tadi pagi ada pre-council. Aku ada hal luar, jadi tak masuk office. sampai petang baru settle, then cakap boss EL terus. Alhamdulillah boss on jer.

Dan, keputusan pertukaran tu macam kat gambar. Jadi, prepare mood untuk kerja macam biasa dan kena kuat semangat untuk pergi dan balik dengan kereta.

Tak bersedia lagi nak menunggang motor. Ehm, aku redha je, ada sebab mereka iaitu boss kat atas tu nak kekalkan aku disitu, even pada dasarnya di persetujui.

Kerja sini dah mudah, cuma jarak yang sikit cabaran. its okay, ala..nak senang pun ada cabarannya kan.. kena lah terima. Kalau 2kali jatuh motor tu membahayakan, maka ada sebab allah swt nak aku memandu kereta tu.

Lagi, mungkin ada bakat atau kepakaran aku yang aku sendiri tak sedar, tapi boss kat atas menilai. Ini suami aku yang cakap!

Apapun, semua tu Allah swt dah tentukan. Ala, mana-mana tempat pun sama. Kalau kata manusia ni, mulut tempayak,mulut tempoyak semua ada.. diam dan sabar..

Huh! Semangat harus di pulihkan demi kerjaya. Bukan semua orang boleh berada di tempat aku sebenarnya. Bukan semua orang mampu lakukan, dan aku disituasi sekarang sebab Allah swt yang aturkan. Jadi, aku kena redha, maybe Allah nak aku stay sebab tahun depan nak bagi “acting” Asp Ke.. manalah kita tau rezeki kan kat tangan Allah swt.

So, lepas ni dah boleh duduk diam-diam, teruskan bekerja macam biasa dah kena pulihkan semangat yang hilang. I control my self, not others! hahaha bye.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge