Kasih ayah hingga ke syurga

Selamat dah kita masuk hari ke 4 dalam bulan Ogas 2017. Pejam celik -pejam celik dah masuk bulan ke 8. Ummi biasa kalau dah bulan ke8 ni pemantauan pelajaran Along dah sampai tahap 70%, sesuai ke tak sesuai kat sekolah tu. Huuuhuu, dah kira-kira dan rujuk dengan Kak Ana, last week stay dulu. Along baru darjah 1. Tak boleh push melampau, dia boleh buat cuma anak lelaki ni banyak main. Dan bila teringat ka Along, teringat abah dia. Kasih ayah hingga ke Syurga. Tau kenapa?

Jom teruskan baca. Abah depa ini garang. MARAH TU MESTI! Tapi antara orang yang sanyang anak yang amat! Hahahah Ummi pun kalah. Kalau anak kena marah tu normal, sehari tak kena marah bukan anak Muazam. Tapi, bila masing-masing dah cool, depa jadi teman baik. Kasih ayah ke syurga, betul la kan? Garang ada sebab.

Kakak , atau Cik Sarah paling manja dengan abah. Hari tu ada abah pergi kursus di Terengganu selama seminggu. Huh! Mai hari ke tiga dan seterusnya dia dah mula buat hal.Tak  tidur malam, malam berjaga nak abah. Tempat tidur abah dia kawal. Jangan disentuh atau cuba nak tidur tempat abah!

Adik pula, anak bongsu. Tapi abah cakap anak kesayangan abah. Walaupun bongsu tak terlepas daripada kena marah dengan abah. Adengan kegemaran adik nak tau apa? Masa abah sibuk lipat kain, dia akan pergi senyap-senyap tanpa suara dan bayangkan dia akan angkat kain dah siap lipat dan lambung! hahahaha lepas tu lari satu hall rumah.. agaknya naik hangin tak abah? Huuuhuu, kena marah 10 x pun tetap menjadi kesukaan dia lambung kain baju dah siap lipat. Jadi, kalau nak lipat kain depan adik, kena lebih hati-hati, kalau tak kita jadi macam kerja 3 , 4 kali.

Ummi banyak di bantu oleh abah depa untuk selesaikan kerja rumah. Bayangkan kalau tidak dibantu, huru hara maunya. Alhamdulillah. Anak-anak lagi tertib dan baik dengan abah. La ni bila dah besar, mudah kalau Ummi nak tinggalkan anak-anak dengan abah. Marah abah untuk kebaikkan dan demi keselamatan.

Kasih ayah hingga ke syurga

Ayah ni walau macamana marah sekali pun tetap sayang. Ummi selalu bagitau Along,  “Abah kalau tak sayang Along, tak ada nya abah nak balik ambil Along dan patah balik ke pejabat untuk kerja . Dah la panas terik jam 2petang. Pergi balik dah  makan masa 2 jam. Syukur kan?” . Pergi ambil Along sekolah hari-hari 20 minit dari rumah ke sekolah, patah balik dah makan masa. Hari Ummi ada hal, memang abah akan bantu.

Bayangkan waktu terik tu, Ummi tak sanggup. Tapi Ummi doakan pengorbanan dan kasih sayang ayah ini sehingga syurga. Demi nak tengok anak berjaya.

Doakan anak-anak Ummi dengan abah jadi anak yang hebat kepada Agama dan juga bangsa. Amin

Hari Terakhir ayah 29 ramadhan 27julai 2014

Sabtu susah payah satu family, hari ini kami bergembira.. syukur

Keluarga bahagia punca dari ayah yang berjaya?Setuju?

Comments

  1. saidila@kaklong

    terharu baca ….betul deep inside punya luahan penghargaan , harap2 nanti anak ummi dah besar diorang boleh baca entry ni bertapa besarnya pengorbanan seorang ayah …semoga anak2 ummi menjadi anak soleh dan solehah buat ibubapa…aminnn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge