Anak-anak dan Ummi hari ini

Salam Jumaat. Apa khabar hari ni? Hari ni hari cuti ke Pejabat..hahaha tapi bekerja di rumah. Pengasuh Ummi bercuti hari ini dan Isnin. Jadi kenalah jalankan tugas surirumah seharian tanpa bantuan Mr Suami. Dah biasa, cuma nak story gelagat budak-budak ni seharian.

Hari ini macam hari merdeka bagi depa. Ummi pula? Hahahaa siap sedia la Ummi. “Ummi, kita nak p mana hari ni?” “Ummi, jom la jalan”. “Ummi, hari ni cuti jom beli tshirt Angah..boleh Ummi?”.

Adoii, penat weh nak menjawab soalan bertalu-talu. Tu baru sorang, belum masuk kak bersoal jawab. Macam betih jagung.

Adik pula, jenis kejar Ummi. Nak melekat jer , yang heran kalau pergi rumah mama, okay jer boleh duduk sendiri, tidoq sampai jam 9pagi Adehh, kalau kat rumah, tak dapat tu! Heran Mak!

Ambil Along Sekolah

Dalam duduk dengan budak-budak ni membebel, kau tampar aku, aku tampar kau.. ummi akhirnya bawa depa keluar. Kami pergi ke Kedai Aircond dulu, buat booking untuk nak pasang pada bilik anak-anak dan hall.

Selepas itu, kami pergi kedai Ten Ten. Angah ni pelik, banyak-banyak tshirt, dia suka tshirt kami licin yang ada gambar kartoon ni juga. Kat kedai biasa macam ni atau kat pasar jer ada baju favourite Angah ni.

Dan settle beli tshirt , jam dan tunjukkan pukul 1130pagi. Terus kami bergerak ambil Along di sekolah.

Balik sekolah, bagi mandi dulu semua orang dan makan. Masak ayam masak merah jer dah okay untuk budak-budak ni. Makan masing-masing suap. owh ya, sebelum tu bagi adik tidur lena dulu. Sebabnya, otw ambil Along dan otw balik ke rumah selepas ambil Along dia dah mengantuk sangat.

Lepasakan, tunggu Along solat Zuhur. Tak pergi la solat Jumaat hari ni, sebab Abah kerja. Lepas Along dah siap solat, Ummi gelapkan satu rumah dan berperang untuk tidur. Hahaha perang dengan Angah la. Kakak terus tertidur, sebab dah letih sangat kot.

Tak lama berperang, semua dah terlelap. Ummi pun terlelap juga dalam setengah jam. Lepas tu, jam 330petang, kejut Angah pergi kelas iqraq. Tapiii….

Ni yang nak marah nii! Along tak bawa balik botol air. Samada lupa atau hilang. Maka, bergegas la ke sekolah Along….haiii! Nak marah anak..tapi careless, geram mak🙅

Mula-mula katanya kat pondok pak guard dia tinggal botol. Ummi suruh dia cari kat kelas. Ditemani abang darjah 6 , dia pergi ke kelas. ehmm.. tak lama lepas tu dia kembali ke kereta.

Rupanya tertinggal di kelas! Anak owh anak.. geram ada juga. Bukan apa botol biasa pun, kalau satu kos Rm13, takkan nak membazir setiap bulan kan. Tu yang Ummi pergi juga ke sekolah, walaupun ambil masa pergi dan balik hampir sejam!

Dah balik ke rumah, situasi kat rumah pula. Adik kacau kakak. Suka sangat usik kakak. Dia tau kakak jenis suka bunyi, lagi lah dia suka menyakat. Yang heran baru setahun lebih, tapi pandai tu. Boleh bayangkan, kalau dah usik mengusik apa jadi? ehmm mula lah masing-masing 😭😭😭😭. Adoiii, bising! Serius betul-betul menguji keimanan! hahaha

Ni situasi Ummi yang bukan setiap hari jaga anak-anak. Kalau yang suri rumah setiap masa tu, respect sangat. Penat tapi banyak pahala. Heheh inilah story kisah hari ni. Penat, meriah dan mengajar erti sabar.  okaylah, nak siap sedia makan malam kat budak-budak ni. Bye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge