Penutup Op Selamat 11/2017 – Hari Raya Aidilfitri 2017

Semalam selesailah Majlis Penutup Op Selamat PDRM 11/2017. Syukur, setelah berminggu-minggu dilapangan, ramai pegawai dan angota kini dapat menarik nafas lega setelah Op Selamat 11 sampai ke penghujung. Tahniah dan syabas kepada semua rakan setugas yang dah berusaha dan berkorban demi negara tercinta.

Hinggakan ada yang tidak bercuti untuk menyambut perayaan demi tuntutan kerja. Tahniah diatas kepimpinan baru Pengarah JSPT Tuan Sharul Othman diatas penurunan kadar kemalangan yang dicapai. Berita penuh di  : Kosmo Online

Tahniah kepada Ikon Op Selamat PDRM, Halim Othman kerana sudi kiranya bersama PDRM khasnya untuk bersama-sama kami memberikan kesedaran kepada orang awam serta masyarakat supaya berhati-hati dan menjaga keselamatan ketika di jalan raya.

KUALA LUMPUR – Penunggang dan pembonceng motosikal merupakan penyumbang utama kemalangan maut apabila mencatatkan sebanyak 170 kematian sepanjang Op Selamat 11/2017 yang dilancarkan polis sempena Hari Raya Aidilfitri.

Bagaimanapun, angka itu menurun kepada 17 kes berbanding tahun lalu yang mencatatkan sebanyak 153 kematian.

Secara keseluruhan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Ops Selamat kali ini yang terbaik pernah dilancarkan apabila menunjukkan penurunan sebanyak 34 kes kemalangan maut daripada 273 pada 2016 kepada 239 pada tahun ini.

Katanya, jumlah kematian turut mencatatkan penurunan sebanyak 42 kes iaitu sebanyak 257 kematian berbanding 299 kematian dilaporkan pada tahun lalu.

“Jumlah kemalangan keseluruhan pada Op Selamat kali ini menunjukkan peningkatan 1,420 kes iaitu sebanyak 22,402 kes berbanding 20,982 kes bagi tempoh sama pada tahun lalu.

“Bagaimanapun, kes kemalangan maut pula turun. Kita harap Op Selamat dapat memberi lebih banyak kesedaran kepada pengguna jalan raya supaya sentiasa mengutamakan keselamatan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Sekitar Majlis Penutup Op Selamat PDRM 11/2017

Penutup di adakan semalam (6 Julai 2017), kami iaitu Ummi, ASP Julia dan ASP Mariam sempat beramah mesra dan bersembang dengan YDH Dato Hajah Fatimah yang mana merupakan ikon polis wanita di PDRM. Keramahan dan kewibawaan beliau menjadi isnpirasi kepada kami semua. Diharap satu hari nanti, kami semua dapat menjejaki beliau dalam menjadikan kerjaya kepolisan ini bukan sahaja untuk lelaki, malah kerjaya ini juga kerjaya yang bagus untuk wania berkongsi kepakaran dan kebolehan.

Selesai acara dalam dewan, kami berkesempatan bergambar bersama dengan Ikon Op Selamat PDRM iaitu Halim dan Fizi. Diharapkan mereka akan terus bersama JSPT PDRM dalam mempromosikan keselamatan jalan raya.

Alhamdulillah, selamat sudah semua penugasan. Doakan kami semua dapat menjalankan tugas dengan baik dan penuh integriti. Dan bagi yang membaca, teruskan hadiahkan semua petugas yang menjalankan tugas di mana-mana sahaja setiap hari , agar diberikan perlindungan keselamatan dan diberikan kesihatan yang baik. Terima kasih…ingatya, berhati-hati di jalan raya. Sayang uolss!

Berkaitan :

Operasi khas PDRM sempena hari raya, berhati-hati di jalan raya

Op Selamat 11/2017 Sempena Hari Raya Aidilfitri, apa pesanan IGP?

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge