Kari ayam yang simple dan cepat dimasak

Nak masak apa? Ehm, jom kita masak….kariiii. Kari dengan orang utara memang kawan baik..hehe dan kalau kari ayam ni wajib ada di rumah mak Ummi masa raya tau. Tambahan kalau mak-mak , mak sedara di kampung, kari ayam kampung macam makanan yang amat special la, kalau anak-anak nak balik kampung bukan sekor, berekor-ekor ayam kampung mak sanggup sembelih. Contohnya , raya baru ini – Persediaan raya cara kampung, meriahnya balut ketupat dan sembelih ayam. 

Tengoklah, kami sembelih ayam 9 ekor tau! Dan semua ni buat masak kari ayam.. jangan tak percaya habis licin 9 ekor ayam ini. Jom Ummi nak share resepi kari ayam untuk dimasak seisi rumah  dan bagi keluarga kecil punya saiz hidangan. Cuba yer nanti.

Bahan-bahan kari ayam yang simple dan cepat dimasak

5 ulas bawang merah kecil –  mayang halus
2 ulas bawang putih – mayang nipis

Halia – 1 inci – dihiris halus panjang-panjang.

Rempah untuk tumis :
1 biji cengkih
3 cm batang kayu manis
2 biji bunga lawang
 

5 sudu besar rempah kari, Ummi guna rempah kari ayam dan daging , bancuh dengan sedikit air dan gaul.

2 biji kepala, ambil santan pekat dan yang kali kedua tapis. Ummi biasa beli 2 biji, rendam air panas dan bila sejuk sikit, blend pakai mesin, lepas tu tapis dan perah.
Kerisik 3 sudu besar.
Daun kari 4 tangkai – bagi wangi.
Garam secukup rasa
Air ikut kepekatan.
Minyak untuk menumis 4 sudu makan

Cara memasak Kari Ayam yang simple dan cepat dimasak.

Pertama : Panaskan minyak dalam periuk. Boleh pakai periuk yang sederhana besar.  Bila minyak dah panas, tumis bawang merah, bawang putih , halia, daun kari dan rempah ratus yang dah disediakan . Goreng sampai naik bau wangi dan semerbak.. hati-hati jangan pula leka.
Bila dah naik bau, masukkan rempah yang dah di gaulkan dengan air. Masukkan sikit santan dalam 2 senduk. Buka api perlahan , dan kacau sampai rempah masak.
Kedua:  Bila rempah dah nampak macam masak dan sikit pecah minyak, masukkan santan yang masih ada , ikut nak kepekatan macamana dan juga kerisik.
 
Ummi gunakan kerisik paket jer, sebab stok yang mak buatkan dah habis. Rasa kerisik ini pun okay. Sedap dan warnanya cerah jadi jangan tunggu kari jadi gelap yer..hehehe. Bila kerisik ini muda, warna kari  pun muda jer nampak.
 Kacau sampai sebati dan masukkan ayam .
kari ayam
Tada, dah siappp..wow…huh! Nampak sedap kan? hehehe mestilah sedap tau, ini resepi berzaman yang mak Ummi masak. Dan kalau nak best boleh la tambah dalam kuah ini kentang atau rebung masam. huhuuu, makan waktu tengahari ini memang boleh menambah tau! Sedap yang amat!
Dan satu lagi tabiat family kami , suka makan kari ayam dengan roti jala atau makan dengan roti bakar. Ehm, boleh juga kalau rajin buat pak tungku, makan sambil cicah kuah kari ayam ni, marvellous kata orang putih! Hahahaha
Wajib cuba yer, selamat memasak.

Comments

    1. Post
      Author
    1. Post
      Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge