Kabel charger henset korang tahan lama?

Assalamualaikum , apa khabar? Korang menaip main game atau update blog pakai henset? Kalau Ummi, henset adalah rakan karib tau, waima update blog pun kadang guna kan henset. Tambahan jika busy yang amat, atas motor pun boleh up date blog. Huhuu melampau kan! Ini hanya waktu suami yang menunggang, dan Ummi jadi passengger. NUKILAN DI ATAS MOTOR.

Tapi isunya, awatlah kabel charger Ummi kerap sangat rosak. Adui, setahun rasanya dah 3 kali beli kabel. Daripada yang mahal sampailah yang harga nya RM10.00. Yang penting bila charge ,bateri cepat penuh dan boleh pakai dengan power bank.

Kabel Charger Henset cepat sangat rosak!

Pernah beli sekali tahun lepas beli yang RM50.00 . Kononnya ada warranty, tapi memandangankan baru jer pakai dan pikir pula jarak nak ke kedai tersebut jauh maka beli yang lain jer la. ingatkan harga mahal tahan lasak, sama jer. Ehm, dah tu mas abeli kat Ampang Walk, huh jauh pulak nak pergi sana claim warranty even setahun punya warranty.

Charge di Power bank sambil guna henset!

Ini tabiat buruk ke baik, huh tak dapat nak cakap la, tai sebabkan guna henset setiap masa memang kalau di office melekat jer henset dengan power bank. Kiranya powerbank nyawa tu, insaf bila power bank pun dah tak ada power, baru la berenggang dengan henset.

Lagi satu, kalau nak balik rumah henset dah kong sangat, mesti charge dan letakkan dalam box motor. Ini pun maybe penyebab cabel cepat rosak! Ehm, insaf dah ni…huhuu kononlah. Tapi betul-betul nak insaf dah ni, tak larat nak angkut kabel dah.

Kalau korang macam Ummi juga ker? Ke pandai jer jaga kabel? Huhuu kalau Mr Suami, memang tak dapat nak lawan. Kabel dia cantik jer..hahaha ! Kalau nak pinjam , kena pastikan letak semula di tempat asal dan kabel dlm keadaan baik..hahah lain benar dengan iols. Korang pula macamna? Macam Ummi ke macam Mr Suami? Cer komen sikit..

Comments

  1. IQ aka Izyan Balqis

    IQ pun baru beli kabel baru. Punya la jaga kemain, rosak jugak, last2 dapat kabel baru dari kawan RM6 je beli kedai uztaz, kalau rosak lagi tak heran dah. Kabel ori ada lagi, tapi xley silap sikit, mesti xmasuk…dah loose dah

    1. Post
      Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge