Hampir excident lagi, mujur hanya bersandar di Honda Civic

Hi uols,hari ini hari pertama kerja ..betul ke? Ke last week dah kerja? Ehm, kami baru nak mula kerja hari ini, kebetulan suami masih outstation, jadi segala urusan kelaurga kena la uruskan sendirian. Dari a to z, daripada jaga anak, masak lipat kain dan basuh serta bersihkan kain baju. Huhuuu,  2 hari berada di rumah lagi banyak kain baju budak-budak ini. Ehmm…

Kena pula, depa p merata hujung minggu lepas, ada open house kat taman ni. ekali balik solat asar depa pun nak tukar baju. Penat bukan kepalang. Tapi , itu takper, nak ceritanya sebabkan penat yang amat suami dah bagitau suruh ambil cuti jer. Memikirkan opis dan juga kerja di pejabat, maka buat keputusan untuk pergi kerja macam biasa.

Kena pula malam tadi hujan lebat dan kilat sabung menyabung. Hati mana lah tenteram nak lena. Sesekali terjaga dari tidur. Dan tepat jam 400pagi terjaga lagi… dan akhirnya bangun semula setelah azan subuh berkumandang.

Buat persiapan, kejutkan Along sekolah dan prepare kain baju anak-anak ke rumah mama. Hujan masih renyai-renyai, maka terpaksa juga hantar Angah dan  adik dengan motor Sym vts 200 yang sangat berjasa ini. Tepat 645pagi, settle hantar semua ke rumah pengasuh.

Balik semula ke rumah untuk ambil Along dan kakak. Kakak hantar last, on the way masa nak hantar Along ke sekolah, semua berjalan lancar. Sampai di sekolah Along jam 707pagi. Masih segar dan bertenaga. Bajet masa sampai kat tol Semenyih dalam 722pagi. Sebab klau timing cantik memang sampai.

Dan…tiba di area Saujana Impian Kajang, rasa lalok..adus..apahal ni.. menjerit selawat, azan semua dah buat. Tapi malangnya mengantuk menguasai diri. Last decide untuk berhenti di Shell bertentangan dengan Giant Saujana Impian Kajang. Berhenti dan cuba melelapkan mata, dapat dalam 10 minit juga… hello ini atas motor tau!Dapat bayangkan macamna tidur atas motor? Termanggu la kat handle motor tu, serious mengantuk yang amat!

740 pagi, hish ini tak boleh jadi… mesti bergerak sekarang. Nanti sampai lambat pula ke pejabat. Masa dalam perjalanan tu masih lagi mamai…adui, buat lagi la perkara gila, jerit, azan ,selawat kuat-kuat, baca surah semua macam tak jalan. Bawa motor pun dapat rasa tak sedap, asyik main brek!

Dan, sampai depan Plaza Phoinex lama, la ni Cheras Sentral..tiba-tiba..bummmm! Tersentap… huh! Sekali lagi aku excident! Terkejut motor di depan aku! Masa ni kat lorong paling kanan antara kereta, kiranya motor kat tengah-tengah.. terus segar. Setan betul! Motor macam tersangkut! Motor lain di belakang berhenti , tapi aku tak jatuh la. Tau kereta apa yang jadi penyandar Sym ni? Honda Civic, dan dapat tengok pemandu wanita usia 40an dalam tu…eh dia cool jer? Ehm, sempat tengok kereta dia, tak ada kemek, tak ada cacat! Singgh macam park kat side mirror dia jer. Adus!

Motor masih senget. Tak larat owh nak angkat. Akhirnya datang Sym WUU 7023 tolong tarik motor aku! Huhuuu, kalau tak der orang tarik, tak naik motor ini. Ini baru senget, belum tumbang. Tq pemilik motor.

Dan syukur ada nyawa lagi. Ini kejadian selepas Excident! Ya Allah syukur tak ada kereta dari arah belakang masa tu !

Ehm, isunya mengantuk dan letih. adeh! So, korang naik motor ke kereta ke, apapun berhati-hati. rehat secukupnya. Ingat ye.. pesanan untuk diri sendiri juga. Okay lah.. nanti jumpa kat next story k.

 

Comments

    1. Post
      Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge