3 Facebook ni kalau baca boleh jadi kaya kalau nak!

Melayari facebook  ini ada positif dan negatif. Buka jer facebook bolehkan kalau niat nak cari ilmu, nak cari guru nak motivasi dan semua niat yang baik-baik lah. Agar yang kita jumpa pun baik-baik. Bukan buka facebook nak stalk oang, nak cari pakwe lama jer. Boleh ke boleh?

Kita hidup ni ada pilihan :

Nak kaya atau miskin kita pilih..bukan semata-mata takdir.
Kita yang mengawal otak dan pemikiran kita, jadi pilih untuk berfikir sebagai orang kaya atau inginkan pemikiran seperti orang miskin. Kita yang merancang dan menentukan hidup kita, dan kalau Allah swt kata rezeki takkan kemana.

Nak kaya, bukan nya malam ni tidur esok bangun boleh kaya..bukan hariini kejra hari ini dpaat gaji(melainkan orang gaji hari-hari), dan semuanya perlukan kesabaran dan berani berimpian.

Percaya atau tidak apa kita baca dan siapa kita berkawan, menentukan hidup kita 5 tahun dan 10 tahun akan dtaang. Jom Ummi share fb yang Ummi selalu baca.

Harap selepas ini, semua orang memanfaatkan facebook sebagai medan perkongsian dan menerima ilmu.

3 Facebook Owner yang Ummi suka baca tips yang mereka share :

Azizul Azli Ahmad 

#TabungFB

PANDUAN BERNIAGA DI FACEBOOK

1. Sentiasa berinteraksi dengan pengikut.

Jawab soalan yang ditanya, guna bahasa mudah dan baik dan jangan paksa beli produk kita. Hati tak boleh dipaksa paksa!

2.Tambah nilai “engagement”

Perbincangan akan tingkatkan engagement. Jika kita penjual baju, masukkan 2 helai baju jubah bagi mereka bincang dan bahas hingga lebam! Jubah mana yang boleh terbang?

3. Elakkan “spamming”.

Jangan hantar iklan produk kita pada orang yang tak dikenali, tag dia ia akan bunuh kredebiliti anda. Jangan kejar, tetapi belajar menulis content writing yang baik.

4. Iklan yang berfokus

Tentukan siapa sasaran anda, pastikan anda mempunyai golongan pengikut dan sasaran yang betul. Pengikut gen Y tapi anda jual ubat buasir, jauh sangat tu kawan!

5. Orang suka gambar!

Sebab itu lahirnya insta, orang sukakan visual sebab dalam sekeping gambar ada emosi, warna, makna dan simbolisma. Cuba letak gambaq lofa, berebut orang nak like punya!

6. Aktif dimedia sosial.

Jangan libatkan emosi dalam fb, jangan tulis perkara menghina dan kutuk parti gemok yang kita tak suka.

7. Membalas komen dan pertanyaan dengan pantas.

Jadikan ruang komen ruang perbincangan yang baik. Galakkan pertanyaan dan perbincangan untuk bina hubungan. Semakin cepat kita balas, makin mereka suka gila!

8. Kongsikan perniagaan kita.

Tulis tentang perniagaan kita agar orang jelas dan faham. Tulis secara langsung atau tidak langsung

9. Adakan pertandingan.

Semakin tinggi hadiah kita semakin ramai orang suka dan berlumba ikut serta dan ikut kita! Akan datang orang ternanti pos kita.

10. Belajar menulis kandungan yang baik .

Jika kita berniaga produk kecantikan, belajar menulis tentang kecantikan, petua,amalan, pemakanan, tips, ciri orang cantik dan dimana negara ramai orang cantik!

Elakkan pos benda yang mewah, itu gaya marketing murah. Bergambar depan lambogini, acah acah macam dah beli .

Share jika bermanfaat ya!

#ManfaatkanFBSecaraSihat
#BinaPengikutDariTulisanYangBaik
#JanaDuitDenganFB

Kedua :

Harith Faisal

Antara posting di facebook yang bermanfaat. :

Sis Fazura, gaji RM3,000 enjoy pakai kereta import, buat personal loan dan pergi travel ke oversea. Dia marah kat Bro Fattah beli rumah.

Bro Fattah, gaji RM3,000 tapi gigih berjimat, belajar pasal hartanah, dapat beli 2 rumah. Dia puas hati dan tak marah pun kat Sis Fazura.

Nampak tak? Dua-dua dapat apa yang dihajati dan diminati. Tapi apasal Sis Fazura nak marah-marah kat Bro Fattah pulak, kan.

Ke ada sebab lain? Haha! – HF

#harithfaisal

Ketiga :

Khairul Ezuwan July 17 at 10:54pm

ASB Financing bukan mengajar anda berhutang, ASB Financing sebenarnya mengajar anda untuk menyimpan. Nak takut sangat Kenapa ? Takut tersimpan duit ke ?

-KEY-

Penutup :
Ummi akan buka facebook sehari paling tidak 3 kali sahaja. Ummi akan baca maklumat atau info yang Ummi cari dan “see first”, bukan membiarkan mana-mana info atau maklumat lalu di timeline Ummi.
Semua apa yang dibaca haruslah di tapis. Jadi , mulakan hari dengan doa dan juga mulai hari ini belajar untuk set minda kaya untuk jadi kaya.
Kaya bukan kerana kita nak kaya, tapi niatkan juga kaya hanya kerana ALLAH swt, banyak zakat kita boleh  keluarkan dan memakmurkan Ummah, INSYAALLAH.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge