Allahuakbar, sekali lagi Allah beri ujian bersyukur aku padanya!

Allahuakbar, assalamualaikum kawan-kawan, apa khabar? Ummi yang khabar tak berapa baik. Semalam jam 7pagi seperti biasa siap sedia nak pergi kerja. Dan alhamdulillah badan sihat boleh bawa motor macam biasa. Jadi, dengan lafaz bismillah keluarlah dari rumah.

Perjalanan macam biasa dan Ummi gerak pun dalam kelajuan tak lah laju mana. Tengok meter dan level minyak , dalam hati berkata “motor ini minta diisi ni… , singgah Petronas la!”..

Terus bagi signal dan park motor, Ummi keluarkan RM16.00 dah isi minyak. “Ehm, duit dalam poket RM50.00 jer ni, keluarlah duit untuk nak servis motor, nanti balik kerja boleh singgah’. -Bercakap sendirian dalam diri.

Selesai isi minyak terus park motor dan keluarkan duit. Tengok cuaca sikit macam hujan, tapi renyai-renyi sahaja. Boleh ni kalau tak pakai baju hujan. Jadi , teruskan perjalanan dan Ummi pun bergerak macam biasa melalui jalan Cheras menuju ke Bukit Aman.

Jalan agak slow, tak sure kenapa tapi motor pun slow juga. Ehm, nak ikut Canought ke nak ikut jalan Cheras ke? Ikut jer la jalan biasa.. iaitu Jalan Cheras. Tiba-tiba….

Pam.pang… krukkk ! Semua bunyi lah ada! Apa yang aku sedar, dah kat jalan raya, motor dah tergolek! Arghh, sekali lagi.. Ummi nampak orang ramai, penunggang motor dah berhenti, ada yang bagi bantuan. Ummi cuma bagitahu ,  “En, tolong alihkan motor saya ke BHP seberang jalan”. “Puan , tolong papah saya ke BHP, tak pe saya boleh jalan”.

Aku dapat lihat, motor Honda EX5 yang bantu aku tu, pegawai Bukit Aman juga, mungkin dia tak perasan yang sticker sama!. thank you Tuan. Dan Cik Puan yang bantu Ummi  tu bersama suami, pakai tag Ambank. Sempat ambil nombor telefon dia , sebelum beredar. Namanya Noni.

Bila dah berada di BHP, minta Cik Puan tadi dan suami , tolong ambilkan henset dalam box. Dan suami Cik Puan Noni, tologn test motor, motor boleh bergerak macam biasa. Kebal juga Sym vts 200 ni, dah 2 x jatuh tak cedera, tak patah, tak pecah! Alhamdulillah, syukur.

Tapi! Ni bahagian yang geram! Jam menunjukkan jam 8pagi! Call suami tak dapat, mesti atas motor. Dia masuk kerja jam 9am, jadi sure masih atas motor. Satu lagi tabiat dia kalau naik motor, suka sangat OFF telefon! Call bapa mertua, pun tak jawab. Memang call banyak kali, dari 8.04am sampai 8.30am baru dapat call! Aduiii.. bila dah pick up call, terus terkejut depa!

Jam 840am baru bapa mertua sampai dari PGA Cheras. Tak lama, lepas tu Mr Suami sampai. Dalam masa duk tunggu tu, tak ramai yang prihtin, ada 3 biji motor jer singgah dan tanya. Syukur ada juga yang sudi bertanya!

Sampai je suami, terus bangun dan macam biasa hati ini malas nak kacau orang! Aku suka berdikari, kalau dah patah atau tak mampu, yes, perlukan bantuan! Pakai helmet dan minta Suami eskot dari belakang nak ke HUKM! hhahah jangan tak percaya, lutut sakit, seluar koyak , stokin koyak masih ada hati bawa motor besar dan berat ni.

Dan  sampai di HUKM, doktor check , cucuk ubat tahan sakit! Cuci luka dan doktor bagi cuti sakit sehari je. Adui, tak tahu ke biasanya hari kedua baru bengkak! Adeh, dan memang ya, hari ini bangun pagi lulut bengkak! Ehm, terpaksa la El. Nak buat macamana, takkan nak naik motor lagi kalau keadaan macam ni??..kalau ampa naik motor lagi ?

Balik dari HUKM terus singgah di Trafik Kajang dan buat repot . Untuk claim insurance. Wassap ASP Fariza, platun mate masa recruit, huhuuu terkejut dia. Mana tidaknya , kawan jatuh!

Tapi dia tahu, platun mate dia kental, siap boleh bawa motor sendirian lagi. Bukan ego, tapi kalau bonceng dengan suami, siapa dan bila pulak nak bawa motor balik ke rumah. Huhuuu!

Bila jadi lagi macam ni, ehm.. teringat yang hari tu, Excident! Ya Allah syukur tak ada kereta dari arah belakang masa tu !

Tu yang kali pertama , dan ni kali ke -3 jatuh bergolek atas jalan. Hanya syukur kepada Tuhan sebab masih panjangkan umur dan selamatkan diri dari kecelakaan teruk. Syukur. Dan aku tahu, bila jatuh dan sakit, Allah swt nak ampunkan dosa-dosa aku, betulkan?

Balik jer di rumah, ada sahabat wassap dan beri pesanan supaya amalkan ayat Qursi dan bismillahillazi la yadurru ma’asmihi.. Syukur bila jadi macam ni baru tahu siapa kawan dan siapa pula sekadar kawan. Ehm, apapun ni ayat yang patut kita amalkan. Hafal yer..

Semoga semua sahabat Ummi , lebih hati-hati. Betul ajal maut tak tahu bila, dan kita sediakan apa yang sepatutnya. Ini ingatan untuk Ummi juga. Okay lah, na berehat ni, kaki masih terhencut-hencut nak jalan.. Doakan yer sahabat semua.

 

 

Comments

  1. Anuar

    Subhan Allah… Bawa bersabar ye Puan nani…
    Cerita Puan nani ni dah macam cerita abang saya…
    Sudahnya sekarang ni atas nasihat Doktor, doktor tak bagi dia bawa motor lagi pergi ke tempat kerja… Sebab tulang belakang dia dah tak kuat selepas accident tahun lepas semasa nak pergi ke tempat kerja…
    Sekarang ni Abang saya dah tak naik motor lagi ke tempat kerja…

  2. AyueJean

    Baru baca….. Semoga akk diberikan kesembuhan….
    Take care kak….
    Mujur takde kecederaan yang serius… Banyakkan rehat….
    Tapi memang diakui vts tu mmg agak kebal…

    1. Post
      Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge