5 Perkara boleh dilakukan jika berlaku kemalangan di Malaysia 

Assalamualaikum semua, apa khabar? Masih dalam mood raya ke? Mesti tak sabar nak tunggu hujung minggu ini, yerla, open house dah penuh ini..betul kan? Ini termasuk Ummi la, daripada minggu ini sampailah hujung Syawal, dah penuh jadual untuk open house. Dan open house kat rumah sendiri belum sempat nak plan bila nak buat. Adeh! Tapi entry kali ini bukan nak cerita pasal open house, tapi nak tanya korang tahu tak apa tindakan kena buat kalau nampak kemalangan depan mata, dan korang adalah saksi pertama..tahu ke nak buat apa?

Ummi dapat idea ini, sebab tadi pagi ( 5/7/2017 ; 748am) masa Ummi on the way nak pergi kerja, Ummi ternampak satu kemalangan jalan raya. Yang Ummi nampak satu lelaki Melayu dah terbaring di sisi jalan raya. Dalam hati ini kemalangan biasa ke cedera  parah ke atau kemalangan maut?

Ummi terus berhentikan Sym200 Ummi di tepi jalan dan berhenti untuk melihat sendiri keadaan mangsa. Ummi nampak ada satu lelaki Melayu memakai tshirt Polis Bantuan tengah tolak kereta yang lalu lalang agar tidak rapat ke kiri jalan.

Ummi nampak body 1 lelaki Melayu tadi masih ada nafas dan bergerak lagi. Cuma dia tak dapat bercakap. Berdarah hidung dan gigi dia. Ummi tanya lelaki yang ada situ  dari awal, “En dah call polis, dah call ambulans?. Dia jawab dan call ambulans.Okay la kalau gitu. So Ummi maklum pada kawan Ummi Aio di Trafik Kajang. Untuk repot pertama. Tapi ini kes tadi. Kalau uols la nampak excident apa patut buat?

5 Perkara boleh dilakukan jika berlaku kemalangan di Malaysia 

KEMALANGAN DI MALAYSIA

Pertama: Beri bantuan kepada mangsa dan tenangkan mangsa

Beri bantuan apa yang pesakit perlukan. Check samada boleh bangun atau tidak. Rehatkan orang yang kemalangan beri dia masa dan minta bertenang.

Kedua: Simpan nombor telefon yang penting

Jika orang yang terlibat tersebut cedera, hubungi ambulans dan polis. Sebab tu ken aada nombor hospital terdekat yang boleh dihubungi terus. Senang sangat kalau ada. Pergi ke balai polis terdekat dengan kawasan kita atau kawasan yang kita sering lalu, dapatkan nombor telefon Gerakan IPD tersebut.

Ini bagi memastikan jika ianya kemalangan maut mahupun cedera parah, polis “standy kemalangan” akan datang dan beri bantuan lalulintas. Dan pegawai penyiasat akan menyusul di lokasi kejadian.

Ketiga:  Ambil gambar sebelum kenderaan diubah

Kebiasaannya, bila berlaku kemalangan orang ramai sibuk untuk bantu mangsa kemalangan. Tahukah anda, bahawa gambar semasa kenderaan masih tidak diubah amatlah penting. Tahu ke tahu? Sebab pegawai penyiasat mungkin sampai lewat di lokasi kejadian akibat kesesakkan atau faktor lain. Dan bagi memastikan laluan lancar, kenderaan terlibat terpaksa diubah. Jadi, bukti dah beralih.

Untuk kita bantu mangsa sebaiknyx, maka tolong ambil gambar semasa kenderaan masih di atas jalan , ambil gambar kenderaan terlibat termasuk no plat , warna dan jenis. Catatkan pada nota buku atau pada henset. Jika benar-benar menyaksikan kemalangan  tersebut.. lalukan langkah seterusnya.

Keempat: Bantu polis yang tiba di lokasi

Bantu polis yang tiba di lokasi  dengan serahkan maklumat diatas, termasuk gambar yang anda ambil yang mungkin membantu dalam siasatan polis. yerla, atas faktor tertentu, kenderaan terlibat mungkin dah teralih. Jadi , lebih clear jika gambaran awal pegawai penyiasat dapat lihat.

Jika korang rasa sense of nak bantu mangsa, sangat dialukan untuk buat repot dengan menyatakan bahawa anda nampak kejadian berlaku. Ini sangat membantu mangsa yang terlibat dengan kemalangan, jika kes mereka melibatkan cedera parah dan perlu melakukan tuntutan kepada Socso atau insurans.

Kelima: Sudi jadi saksi kemalangan

Ha, ini yang ramai tak berani. Bila berlaku kemalangan, ramai yang berhenti di tepi jalan. Ramai yang mengaku nampak kemalangan berlaku, malangnya bila pegawai penyiasat minta bagi statement dan buat repot , ramai yang lari . Sedihkan… ehm, bukan apa kalau rasa nak bantu, apa salahnya kita bantu sampai selesai. Tahu tak, andai kata kemalangan yang melibatkan cedera parah, jika kita nampak dan bantu bagi statement, statement kita sebagai saksi sangat penting bila kes di bicarakan di makhamah.

Macam ni baru lah steady, dah la bantu di lokasi kejadian, sudi lagi membantu mangsa sehinggalah memberikan penjelasan dalam makhamah semasa tuntutan sivil dibuat.. masyaALlah kalau ada orang macam ni di muka bumi, pasti lebih ramai orang bawa kereta atau kenderaan dengan berhati-hati. Nak tau sebab apa?

Ehm, sebab mereka yakin tiada lubang bagi mereka menafikan kesalahan yang dilakukan. Saksi awam, pergi makhamah untuk beri keterangan untuk kes sivil ada elaun tau, opss..ini pasti ramai tak tahu.. yang pasti elaun tu dibayar oleh pihak lawyer. Ini diperuntukkan dalam undang-undang yer, ianya bukan rasuah mahupun salah laku.

Jadi korang dah tahu kan apa nak buat kalau nampak kemalangan kat jalan raya, tambahan jika ianya berlaku betul-betul di depan mata korang. Mudahkan, sekurangnya kita membantu mereka yang menjadi mangsa. Ingat satu perkara, hari ini jika kita bantu orang, satu hari ianya akan berlaku pada kita. Cuma kita tak tahu masa dan bila ianya akan berlaku. Betul? Kat bawah ini Ummi berikan nombo telefon penting jika anda nampak dan ingin membantu mangsa kemalangan.

Gerakan Trafik KL : 03-2071 9999

Gerakan Trafik Kajang : 03-8911 4222

Gerakan Trafik Bukit Aman : 03-2266 3356 (Kes kemalangan di highway – boleh dilaporkan disini) untuk dipanjangkan kepada pegawai dan anggota yang bertugas di lebuh raya.

DAN PALING TIDAK BOLEH CAL 999 Ummi harap entry ini membantu semua, dan ianya dapat dipanjangkan kepada orang ramai, termasuk jiran, sedara mara mahupun adik beradik kita. Okay , last , pesanan Ummi ringankan tulang  untuk saling membantu satu sama lain. Okay! Selamat beristirehat.

 

Comments

    1. Post
      Author
    1. Post
      Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge