Tahniah bang ngah, 9A’S! Ini untuk abang Ngah…

Hi uols, apa khabar? Kemana pergi 3 hari bercuti ni? Ehm, Ummi stay jer kat rumah. Ada anak sedara datang. Kebetulan suami dapat voucher penginapan percuma dari Shanri-La hotel, jadi kami pergi Putrajaya dan terus pergi shopping. Saja bawa abang ngah ke IOI Mall City.

Anak-anak Ummi pelik sikit, sekali depa dah suka dengan orang, siap menangis lagi bila abang nagh nak balik Asasi UIA. Apa yang buat anak-anak suka sangat kawan dengan abang Ngah?

Pertama: Abang Ngah suka melayan depa baca quran. Pagi-pagi lepas sahur, terus solat subuh. Lepas tu abang Ngah melayan Along belajar bahasa arab. Seronok la ada kawan berbual dalam bahasa arab. ahahaha harapkan Ummi. heheheheh manalah Ummi pandai anak oii.

Lagi apa yang buat depa suka sangat dengan abang Ngah? Ehm, masa terluang abang Ngah suka ajak habiskan masa dengan mengaji Quran. Sejuk hati Ummi tengok Along berkawan dengan abang Ngah.

Di IOI Mall City, kami belikan abang Ngah sepasang selipar dan sepasang stoking. Total RM108.00 , kira okaylah untuk hadiah abang Ngah mengaji pandai-pandai. Bukan mudah kot nak dapatkan 9A’s , jadi ini hadiah daripada kami sekeluarga. Dan hadiah ini juga nak tunjukkan dekat Along, supaya belajar rajin-rajin, anak apa sekali pun Ummi belikan. Cuma kena janji belajar betul-betul dan fokus pada pelajaran. Ummi dengan abah boleh jer nak belikan mainan ke, PS4 ke…cuma Along, Angah dan Sarah kenalah lebih rajin dan Ummi perlukan proof bagi setiap kejayaan anak-anak Ummi.

Cerita lepas Ummi hantar abang Ngah balik ke Campus PJ, Ehm, lepas abang Ngah balik, menangis semua  rindu abang Ngah. “Ummi, Along rindu abang Ngah”

Si adik pula menyahut  “Amin pun rindu abang Ngah”. “Ummi, nanti kita ambil abang Ngah lagi yer!”  Ummi pula mengiakan jer, “yer la”. Lpeas layan semua persoalan pasal abang Ngah malam tu terus tidur semua orang. Nak ambil abang Ngah mai rumah lagi, nanti yer lepas raya pulak. Pengajarannya dalam entry ini apa?

Kawan! betul kan? Kawan memainkan peranan utama kepada anak. Dengan kawan, mereka rasa serasi, mudah bercerita dan mudah nak belajar. Kalau kawan yang baik, itu yang bagus, jadikan inspirasi dan juga teladan. Semoag anak-anak Ummi dapat mendengar nasihat Ummi dan abah, dan pandai pilih kawan. Okay , itu je nak ceritakan. Bye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge